Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for October, 2007

Ibu Mertuaku…..

  • Filed under: General
Wednesday
Oct 31,2007

salam… petang tadi saya ada call mak kat kluang. Kesian dia kena tinggal sorang2 kat umah. Dek own dah keje, ayah sibuk je memanjang…. Masa saya call mak tadi sedih je suaranya. Kadang2 tengah cakap2 pun dia nangis.Sabar je lah ye mak. Fik kat sini pun pun kadang2 sedih juga, rasa macam nak balik Msia je. Lebih2 lagi bila tengok ramai kawan2 dah balik. Tak lama sebenarnya, cuma tinggal 2 tahun je lagi. Kalau Along ada rezeki lebih, kami balik tengok mak. Sekarang pun semuanya dalam keadaan sibuk, lebih2 lagi hubby nak *viva*. Mak saya pula di Kedah tu, dah biasa dah kena tinggal sendiri. Sejak saya dan kakak dah kawin. Memang kami jarang balik, cuma selalu call tanya kabar. Mak kluang pula lain, saya dan hubby selalu balik hujung minggu. Itulah buat dia terasa sangat bila kami ke UK. Saya pun sayu juga bila suara mak macam sedih je. Mak pun kena lah faham juga, Dek own pun dah lama dia tunggu nak keje. Rasanya dek own pun nak rasa, macam mana rasanya orang bekerja…Cepatlah wahai masa berlalu………….

Mimpi Indah

  • Filed under: General
Wednesday
Oct 31,2007

salam….kali ni saya nak bercerita pasal mimpi malam tadi. Masa tu kononnya masih tengah study diploma. Hubby dan saya sama2 belajar, tapi kelas lain2. Kami memang tengah hangat bercintalah masa tu. Bila masa nak masuk kelas lain pula, kadang2 kami bertembung. pada masa tu lah kalau nak janji date ke, nak gi study kat library ke, terus cakap atau bagi surat. Lagi pun masa tu mana ada student pakai handphone lagi. Macam terasa real aje masa tu…. Tup tup saya tersedar. Tengok jam pukul 3am. Terus aje pandang muka hubby, rasa sayangnya yang sangat2 kat dia. Saya pegang tangan dia, kesiannya abis kematu tangan. Hasil daripada jadi floor engineer. Tapi biarlah dia tido ,taknak kacau dia. Nanti jam 4.30am hubby dah nak kena bangun, nak gi keje….

Sambil dok termenung tu terfikir nak masak lobster yang saya beli 3 hari lepas.Rasanya masak sweet sour lah, sebab masak tu aje kegemaran hubby saya. Macam semalam saya masak lala masak lemak cili api, hubby makan sepinggan je. Biasalah masak2 lemak ni bukannya dia suka sangat. Minggu ni bolelah relaks skit, pasal Caca cuti sekolah. Tak yah kalut2 nak gi amik dia kat school. Hari ni gi klinik amik ubat, pasal dalam darah kurang calcium dan vitamin D. Dah pukul 11.30am. Adus…. malasnya nak masak…. tapi perut dah lapar ni. Kejap lagi Caca pun mulalah mama, mama nak makan…..!!!!

Kenapa ye….?

  • Filed under: General
Monday
Oct 29,2007

salam… rasanya dah 2-3 hari tak menaip.Tak de mood, walaupun banyak kisah2 yg berlaku dalam hidup saya. Ada yang happy,ada yang sedih. Biar cite yang happy dulu. 2hari lepas hubby beli satu kabel yang boleh dikongsi line internet. So, lepas ni tak de lah saya nak berebut lagi line dgn die. Thanks abang…..Hari Sabtu lepas ke rumah abg Azizan Kak Fida, nak kata saya ni menolong tu tak juga cuma hubby yang tolong diaorang angkat barang sebab dah nak balik Msia.Boleh tahan banyak juga barang diaorg kumpul selama 4 tahun kat UK ni. Hampir 2 jam juga nak abis angkat barang. Nasiblah ada makan pagi dan lunch. So, si tukang2 angkat barang tu tak de lah kelaparan sangat. Biasanya memang itu lah tradisi disini. Sempena meraikan kepulangan Dr2 ni,itulah yang buat majlis hari raya dan majlis perpisahan. Malam ni, Asrul dan Yana balik ke Msia. Minggu depan pula abg Azizan and family pula berlepas. Ok cite pasal jamuan raya plak. Menunya laksa kedah/penang. Nasi, mcm beriani tapi dah tukar nama, sempuna nama si tukang masak, Y2K. Lauk, biasalah kari kambing dan acar. Dessert masing2 bawa. Ada tiramisu, kek coklat, agar2 santan, biskut raya dan saya pula bawa kek buah yang dibeli kat LIDL dan teh panas. Tak sempat nak rasa pun kek buah tu kejap je dah selesai. Makanan yang saya pulun masa tu laksalah apa lagi, ada yang lebih tu siap tapau bawa balik umah, hahahaha… Pagi ni kenalah masak kuah, sebab yang lebih tu laksa je kuahnya dah abih. oh ya lupa nak cakap lemang dan rendang pun ada. Ni yang nak kena belajar buat lemang UK. Sedapnya macam lemang buluh juga.

Oklah biar saya story kisah sedih skit. Tapi tak tahulah sedih ke tak. Sempena tajuk topik ni pun kenapa ye….? Saya nak story pasal saya ni. Saya pun tak tak tahu apa yang tak kena dgn saya. Rasa bosan, tak happy,menyampah pun ada. Malas??? lagi ada… Entah kenapa sejak pregnant ni macam semua jadi tak tentu arah hidup saya. Nak tunggu due lamalah lagi. Jangkaan 13-4-2008. Sampai abih winter tu……..Tido pun dah nyeyak, tghmalam bgn buang air kecil. Pastu sampailah ke siang tak dapat nak tido. Tensionnya…. cuma lucky saya ni tak keje. Tapi keje surirumah lagi lagi banyak kejenya kalo nak banding org yg keje opis. Dicampur dgn nak uruskan anak dua orng tu, lagi lah bertambah2 keje nya. Sekarang ni pun kepala asyik sakit je. Nak telan panadol dah tak boleh. Kenalah tahan je sakit tu. Hati rasa nak kluar jalan2. Tapi kudrat org mengandung ni tak izinkan saya kluar jalan2 bandar Cardiff.Dah lah winter, sejuk giler. Nampaknya terperap dalam rumah je lah. Bosan kan……………..