
Bahan-bahan:
6 biji bawang putih
2 biji bawang besar
1 cm halia
3 senduk cili boh (tambah jika mau pedas)
3 senduk tomato sos
3 kg tulang
3 biji kentang di rebus dan dikisar dengan sedikit air
1 biji telur
sedikit garam, gula dan serbuk lada putih
Tulang hendaklah direbus bersama 1 sudu makan rata rempah sop sehingga isinya lembut.. lebih kurang 2-3 jam
Kalau gunakan pressure cooker hanya 30minit sahja.
Halia, bawang putih dan bawang besar dikisar halus. Panas kan periuk dan tuang sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama cili boh sehingga garing. Kemudian masukkan tulang dan bahan2 yang lain bersama air rebusan tulang. Kuah Tulang ini tidak boleh terlalu cair. Masukkan garam, sedikit gula, serbuk lada putih dan serbuk perasa jika suka. Akhir sekali campur kan kentang kisar dan masak sehingga kuahnya pekat. Masukkan sebiji telur kedalam kuah. Dan kacau sebentar sahja lalu matikan api.
Semasa menghidangkan, taburkan hirisan kobis mentah yang sudah dicuci bersih.
Enak dimakan bersama roti Perancis. nyum nyum..
Hari ni rasanya kisah Alisya pula… Semalam Caca memang tak ke sekolah sebabnya tak brape sihat. Demam sikit dan batuk… Maklumlah dah masuk winter.Ramai juga yang kena demam ni sebab sejuk. Jadinya saya cakap kat Caca tak yah gi school hari ni pasal not so well. Dia ok je lah. Hari ni punya kisah pula, bangun pagi2 dah bagitau saya, “mama, kakak rasa batuk lagi lah…” saya ni pula tak paham maksud tersirat dia. Tapi saya hantar juga dia ke school. Mukanya dah tunjuk macam org sakit lah jugak. Elok saja lebih kurang 15 min saya dah sampai kat umah, hp pun bunyi. Rupanya teacher Caca yang call. Katanya Caca asyik batuk je, pastu dah nak nangis pula, macam orang sakit . Jadi terpaksalah teacher minta saya ambil Caca bawa balik.Sampai je kat umah, si Alisya ni bole pula main2, gaduh2 dgn Yaya macam orang sihat. Bila saya tanya je dia, cepat2 dia buat-buat batuk, kononya tak sihat. Amboi, pandai pulak dia berlakon ye… Caca, caca, mama harap jgn lah caca malas gi sekolah. Sebab mama kecik2 dulu suka gi sekolah. Tapi saya rasa mungkin demam raya sama kot. Pasalnya kami di sini bila weekend banyak betul rumah terbuka. Boleh dikatakan sapa yang bijak merancang masa dapat ziarah rumah kenkawan sampai 8-9 buah rumah.
Rumah saya pun tak ketinggalan juga. Masak menu yang simple je…mee bandung. Asalnya saya nak masak laksa johor,sebab dah berguru cara nak masak laksa johor. Biasanya kawan2 kat Cardiff ni, masak menu ikut negeri masing2.Tapi masa hari raya ke2 dan ke3, dah ramailah pula masak laksa johor… so, kenalah tukar menu. Fikir punya fikir apa lagi treadmark masakan org johor, tu yang masak mee bandung. Kalau kat sini nak beli brg makanan tu mahal lah juga…lebih kurang £100 juga lah abis beli brg untuk masak mee bandung. Tapi tak pe kan tu sume sedekah juga, jamu kawan2 makan….. meriah juga raya kat Cardiff ni walaupun berjauhan dgn keluarga. Weekend ni ada lagi open house dan CK (CardiffKeluarga) open house…Nampaknya horeylah saya tak yah susah2 nak masak… Cuma open house CK kena bawa portluck masing2……
Bermulalah era saya untuk mengabadikan kisah saya, suami dan anak2. tapi buat masa sekarang mungkin kisah ni bermula hari ini. Sebenarnya suami saya dah lama suruh buat cite2 pasal kehidupan seharian kami. Cuma baru sekarang terbuka hati nak buat. Jadi, untuk permulaannya saya dulukan dengan pengenalan kami… Saya, Nor Fikriah dan suami pula Mohd Nur Asmawisham. Anak pula 2 orang, dua-duanya puteri, yang sulung Nur Alisya (Caca) dan ke2 Nur Aliyah (Yaya). Lagi satu coming soon… hopefully dapat boy pula. Tapi Kalau Allah nak girl lagi kami terima dgn hati yg syukur. Dan mudah-mudahan kami dapat baby yg sihat. Tempat tinggal kami buat masa sekarang, di Cardiff, UK. Kat Cardiff pun dah hampir setahun. Kami semuanya ikut suami yang sambung belajar PHD in Civil Engineering. Caca dah masuk sekolah, reception. Reception tu masanya panjang sikit, dari pukul 9am sampai 3pm. Jadinya kenalah bekalkan dia lunch. setakat ni Caca macam enjoy je ke sekolah. Yaya pula next year baru start nursery. So,sekarang cuma dok kat rumah jer le…
Sekarang di UK ni dah mula nak masuk winter. Jadinya semuanya kena berbaju tebal sebab dah start sejuk. Anak2 pun, hidung masing2 dah mula meleleh je…selsema. Suami pula semester ni banyak kena gi kelas, terpaksalah rutin saya yang ambil anak di sekolah. Bila dah hujung2 tahun ni ramai kekawan dah abis belajar dan nak balik Msia. Hai… seronoknya depa dah dapat balik….Kami ni masih panjang lagi masa….lagi 2 tahun. oklah, rasanya sampai sinilah dulu pembuka kata….salam….