Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for December, 2007

Setahun sudah…

  • Filed under: General
Thursday
Dec 27,2007

27hb Disember 2006, kami sekeluarga sibuk bersiap2 untuk berlepas ke UK dan menetap disana selama 3 tahun. Masa tu lepak kat rumah Kak tie (adik ipar saya) di Puchong.Masing2 perasaan berbaur je.. ada gembira, ada sedih. Gembira, pasal nak naik kapal terbang. Masa tu pun tak ada pun perasaan nak tinggal kat sana lama2. Cuma rasa macam nak gi melancong je…Tapi bila dah sampai kat UK ni barulah tersedar dari mimpi melancong, rupa hakikat sebenarnya stay kat sini selama 3 tahun. Mertua saya masa tu asyik sedih aje. Nak2 lagi masa kami dah kena berjalan ke balai berlepas… masa tu Tuhan aje yang tahu perasaan saya. Tapi kini dalam kesibukan menjalani kehidupan harian, rupanya setahun sudah berlalu… Mudah-mudahan Allah berikan saya kekuatan untuk menempuh kehidupan yang mencabar dibumi UK ni…

Today is Boxing Day!!!

  • Filed under: General
Thursday
Dec 27,2007

Selepas Krismas, kt UK ni ada boxing day. Bukan boxing tinju tu.. . Boxing ni adalah lebih kurang org melayu kata hari kotak… (he… he.. kalo salah sori ye..) Boxing day tu hari sale besar-besaran punya. Kira sale tahap gaban bak kata “chique comel“(sapa tuh? agak2 dia tahu tak?) Selepas bertungkus lumus pada hari Krismas tu (msk soto n puding krim,dan jamu kengkawan makan sempena raya haji…) saya pun ajak hubby gi tgk2 apa yg org UK ni beli masa boxing day. Walah…. rupanya berbutang juga mata tgk sume sale….nasib baik pound tk mengizinkan… Kalo tak mau juga berbeg2 saya shopping. Tapi sebab skrg ni time siang dah pendek so, kami pun tak de lah jln lama2. Cuma bayar parking dlm 2j je. Tu pun dapat juga saya parfum baru CKIN2U less 50% . Anak2 pun kena juga beli sesuatu kalo tak kesian, pasal dah penat jln2 blk umah tk de apa2. Petang je dalam pukul 5pm kawan hubby dr Shelfield dtg, kena masak lagi… Rasanya lumrah isteri2 yg dok kat UK ni mmg kena rajin msk, walaupun tak rajin msk mcm saya ni… So, pendek kata saya ni dah tak gelabah sangat lah kalo kawan2 nak dtg makan kat umah…p/s : buat “chique comel” amik lah gambo penuh kete tu nk tgk ghupe dia… bole tak?

Puding Koktail Berkuah

  • Filed under: Recipe
Tuesday
Dec 18,2007

Bahan untuk Kastad

1 cawan tepung kastad
6 cawan air
1 cawan susu tepung atau 1/2 cawan susu pekat
5 camca besar gula sekiranya mengunakan susu tepung
Sedikit Kismis hitam

Cara
Campurkan kesemua bahan kecuali kismis. Masak atas api sederhana sehingga likat dan berkilat baru perlahankan api. Bila kastad dah meletup-letup, boleh padamkan api. Untuk memudahkan dikeluarkan nanti, basahkan loyang dengan air dan taburkan kismis hitam. Tuangkan kastad ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.

Bahan untuk kuah
1 tin susu cair
2 tin air
3 camca besar tepung kastad
kismis
Gula secukupnya

Cara
Campur semua bahan dan masak atas api hingga mendidih. Seeloknya kuah ini disejukkan dahulu.

Cara menghias.
Potong kastad dan letak bahagian berkismis ke atas. Taburkan buah-buahan koktail. Kemudian di tuang kuah tadi. Boleh juga dihias dengan ceri merah. Seeloknya di makan ketika sejuk dan boleh di tambah ketulan ais.

Meta




Advertisement