Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for December, 2007

Kisah Nur Aliyah…

  • Filed under: General
Tuesday
Dec 18,2007

Salam…. Last week Yaya ni tak berapa sihat , sebabnya dia kena diaherea (muntah dan cirit2. ) Badan pun dah nampak susut skit. Tapi disebalik selepas sakit tu menyerang rupanya dia jadi budak kuat makan pulak. Mungkin sebab cuaca sejuk Yaya asik rasa nak makan je. Tapi kali ni rasanya kekerapan dia nak tu berulang kali. Sampai boleh kata non stop asik nak makan je. Pagi2 lagi dah minta makan coco crunch + milk, itu pun tambah 2x. Pukul 10 minta sosej rebus pula. Nanti salingannya makan biskut dgn coklat. Dulu2 Yaya ni tak suka sangat makan nasi. Skrg dah lain pulak, jadi suka makan pulak! (tapi saya kena suapkanlah… ) Baru je 2-3 hari sihat pipi dah tembam2 dah. Muka pun dah jadi bulat. Cakap pun dah makin pandai. Ada je cite dia, itulah pengarang hati saya skrg ni…..

Soto Johor

  • Filed under: General
Tuesday
Dec 18,2007

A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. 1/2 cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. 1/2 cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. 1/2 cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. 1/2 cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

Sumber : Restoran Pak Amir(dari blog Chetam)Dijamin sedapppp kan!emoticon

Eid-dul Adha….

  • Filed under: General
Monday
Dec 17,2007

Salam… Tinggal lagi 1 hari lagi umat Islam kat UK ni akan sambut Hari Raya Haji, termasuklah kami. Tapi suasananya macam hari2 biasa :( . Nasib baiklah raya jatuh hari Rabu, kalau hari Khamis macam Msia, nampaknya macam hari raya puasa lah. Hubby kena jumpa supervisor. Ni pun tak tahu sambutannya mcm mana….Nak masak ke tak? Tapi hubby nak buka rumah hari Sabtu ni. Nampaknya kena masaklah lagi. Menunya mungkin saya buat soto aje kot. Dessert mungkin buat puding koktel dan buahan shj. Kononnya nak buat biskut raya, tapi kemalasan tahap world, so cancel buat biskut raya. Mak kedah akan beraya kat Klang, rumah kakak saya. Maybe mak siap bawa daun palas sebab nak balut ketupat kat sana.

Sempena hari raya korban ni, genaplah setahun kami berada di bumi Cardiff ni….Tapi kat sini, org2 UK tengah sibuk nak sambut Krismas. Apa pun kenalah bersabar menunggu hingga ke saat dpt pulang ke Msia.