Salam… Ceh wah…. siap ada siri lagi cite pasal Lidl nih. Citenya bersambung dari kisah semalam. hari ni pulak pepagi biasanya hubby gi keje pukul 5-15am. So, pukul 4-30am dia dah bgn. Lepas pukul 4-45am masih dok dalam selimut lagi. Ingat dia tertido rupanya dia memang shj tido. Katanya dia cuti hari ni. Oh! ini sudah kira bagus nih. Kalau tak dpt beli FWP tu kat umah bole ajak dia gi Lidl tpt lain lak. Bangun aje pagi tu, kul 7-30am dia dah siap mandi. He..he.. nak tahu nape? Dia terus gi Lidl Newport Rd, pasal Lidl tu buka kul 8-00am. Lidl kat umah dan sekitarnya buka kul 9am. Huyo… tak sangka lak dia sanggup cuti dan gi beli FWP tu awal2 pagi. Lidl tu belum bukak lagi dia dah tunggu depan pintu. Sayangnya dia kat saya kan…(walaupun dia tu jarang tunjuk dia sayang…) tetiba aje hati ni rasa berbunga- bunga. Yelah mana ada suami yang sanggup tunggu pintu kedai, belum bukak lagi lak tu…semata2 nak beli barang kat isteri. Nampaknya kenalah rajin masak selepas ni… (nak amik hati lah konon…nnt dpt barang lain lak..he… he..
)
Nak tahu kenapa tajuk kali ni tajuk Lidl. Lidl tu nama supermarket kat UK ni. Kebanyakan barang2 dia dari Jerman. Ada satu keluarannya tu namanya “Food Warmer Pyrex”. Nak dijadikan cite, kilang Pyrex hanya keluarkan FWP ni hanya untuk Lidl sahaja, dan keluarannya hanya 2 tahun sekali. So,disebabkan alasan tulah punya FWP menjadi rebutan org2 Melayu di Cardiff ni (setahu sayalah. Tempat lain tu tak tahu lak!) Besok adalah hari Lidl nak jual FWP tu. Maka akan ramailah org2 kita akan serbu Lidl esok pagi (termasuklah saya…he.. he..
). Nasib baik Lidl tu dekat dgn umah. Tapi itu tak menjamin saya akan dpt beli FWP tu… Ala kalo dpt beli 3 set pun kira oklah. Bole bawa balik Msia kan..Kalo dpt beli saya akan masukkan gambarnya kat sini. Apa2 pun esok saya akan roger lagi.
Hari ni bday hubby saya. Kengkonon nak surprise pasal kek, tapi dia dah pesan awal2 tak yah beli kek. Ceh konon le tu nak tunjuk macho. Saya gi juga ke TESCO cari drypers Yaya, pastu rasa mcm tak tak sedap plak kalo dah bday tapi tak de kek. So, saya pun beli juga kek walaupun comel aje saiz kek tu.
Menu special hari ni, pagi, bekfes roti jala (termasin lak!!), tghari merangkap malam, lasagne dan kuih lopes….Macam tak caya je saya dah mampu buat kuih lopes tu… dulu kat Msia cuma tahu makan aje. Asal usul cara pembuatannya tak pernah amik tahu. Tinggal kat UK ni semuanya kena tahu. Agaknya kalo cite kat mak mesti dia kagum punya. Pasal anak dia dah macam2 bole masak.(he..he..he.. perasan le tuh!
)
Tapi yang tak bestnya Yaya terkena diaherea (penyakit di musim sejuk, di UK). Kesian Yaya asik muntah dan cirit2 je. Sampai dah nampak kurus skit. Dulu masa baru sampai terkena juga, tapi tak lah seteruk kali ni. Tapi bila buat hubby punya bday celebrate, dia macam happy skit. Kalau tak mandom je….
Sekarang ni baru pukul 7.28pm, tapi mata….Ya Allah mengantuknye……… Rasa macam dah pukul 10 malam. Oklah dah tak tahan lagi mata ni…salam………