Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for December, 2007

Petua Mencuci Hati

Monday
Dec 10,2007

oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X..
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

“Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.”

Oh! Malaysiaku

  • Filed under: General
Monday
Dec 10,2007

Hari ni, kami beramai-ramai menghantar pulang Nazri dan family balik ke Msia. Setelah 4 tahun mghempas pulas dptkan phd akhirnya dah bjaya… Mula2 saya tak delah rasa sedih sangat. Tapi bila dah sampai waktu berlepas… alahai sedihnya.. :( .Leleh juga air mata saya ni. Teringat masa kami mula2 nak berlepas ke UK. Mula2 tak de lah rasa sedih sgt. Tapi bila dah salam dan peluk2 tu tetiba je air mata ni meleleh secara automatik. Hai… tak tahu lah lepas sape lak lah yang bole dibuat kawan rapat kat Cardiff nih. Nazri ni, eceli “ayah angkat” kami semasa kami baru jejak kaki kat Cardiff ni. Dia lah yang byk bantu kami dlm dari cari rumah sampailah daftar Caca masuk school. Banyak juga tips yang dia bagi kat kami untuk survive kat sini. Nampaknya tunggulah lagi 2 thn nak jumpa semula. Semoga dia bersabar dalam menempuh alam pekerjaan kembali. Buat Cha’a, mesti seronok dpt gi pasar dan beli ikan2 fresh. :)

Resepi Punya Cite

  • Filed under: General
Sunday
Dec 9,2007

Puding Roti Nenas.

Puding ni saya penah buat, tapi puding roti biasa je. Bila kawan ade buat puding roti yg lebih special sket saya pun mintalah resepinya…..

Lasagne.

Ini, memang selalu saya masak bila dah asyik2 makan nasik je. So, dah jadi peveret hubby saya. Cuma selama ni tak amik gambar je…

Keropok Lekor

He… he… he.. :) belum try lagi…..

Rendang Dinding

Minggu lepas gi breakfast kat umah kawan. Dia masak nasi lemak. Lauknya sambal ikan bilis dan rendang dinding. Sedapnya… Tapi lupa lak nak minta resepi. Bila dok baca blog org jumpa resepi ni. Apa lagi copy paste le…..nanti nak cuba!

p/s:buat Kak Tie, mmg byk Kak Long copy resepi. Nanti senang, bila nak makan tak yah dok tercari2 resepi lagi. Kat UK ni sume kena msk sendiri… :)

Meta




Advertisement