Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for January, 2008

Dulu, Kini dan Selamanya…

  • Filed under: General
Tuesday
Jan 29,2008

map_01.gif

Dulu… Kat sinilah tempat saya membesar dari umur 7 tahun. Sekolah rendah di Sekolah Keb. Kota Kuala Muda. Kemudian Sek Men Kota Kuala Muda sampai form 3. Form 4, Sek Men Tikam Batu. Tapi sekejap aje…sebab dapat tukar masuk kat sekolah yang jauh sket, Sek Men Khir Johari 1 Sungai Petani. Kat Sek Men Khir Johari 1 tu sampai ke form 5. Selepas dapat kerja di KL, saya pun terus hidup dalam perantauan. Sehinggalah saya berkawin dgn orang Johor dan menetap di Johor. Dekat kampung cuma tinggal mak dan abah sahaja. Bila dah rindu, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah….

map_00.gif

Kini… Menetap kat Cardiff, UK. Sekarang pun dah masuk setahun sudah saya dan keluarga menetap di Cardiff. Rumah kami ni boleh dikatakan dekat juga bandar. So, rumah kami ni dalam kategori mahal jugalah sebabnya dekat dgn bandar, carboot, Lidl dan bank. Semuanya boleh jalan kaki sahaja kalau nak ke tempat2 tu.

Inilah rumah kami di Cardiff. Comel tak? Cuma ada 1 pintu dan 2 tingkap. Warna merah lagik….

map_02a.gif

Ini adalah kampung hubby saya, Kluang  Johor.  Kampungnya tak berapa nampak pasal terlindung dek awan-awan yang berkepul-kepul. Kat kampung ni cuma tinggal mak dan ayah mertua saya sahaja. Walaupun namanya kampung, tapi terletak dekat bandar. Boleh dikatakan strategik juga rumah ni, dekat dengan stesen bas, supermarket The Store, bank dan kedai macam2 lagi. Aik, macam promosi pulak kan.

Desktop Kak Long

  • Filed under: General
Tuesday
Jan 29,2008

desktop.jpg

Walaupun macam ala-ala dah basi kan, tapi demi memenuhi permintaan Kak Tie…. Tada!!!! ni la rupe desktop Kak Long sekarang ni. Ni gambar kat komputer baru, memandangkan komputer lama dah kong. Gambar ni memang Kak Long suka sebab kete ni memang kete idaman dari belum kawin lagi. Tapi tak sangka lah pulak sekarang ni dapat bawa kete ni, walaupun series lain sket.

Wajah-Wajah Kesayanganku

  • Filed under: General
Tuesday
Jan 29,2008

              Nur Alisya                                    Nur Aliyah