Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for February, 2008

Thursday
Feb 21,2008

Dipetik dari Harian Metro, Oleh Pakar motivasi dan pendakwah, Nor Bahyah Mahmood
Puji - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

Peluk - Pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu belaian penuh kasih sayang.

Penghargaan - Antara yang patut dilakukan amalan memberi hadiah yang boleh menambah kasih sayang.

Perhatian - Aspek ini mesti diberi penekanan kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

Persefahaman - Sebagai manusia berkerjaya, ia memerlukan pasangan lebih bertolak-ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

Pergaulan - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan rasa cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Percutian - Harus merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

Permohonan - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Jalan-Jalan Cuti Sekolah

  • Filed under: General
Tuesday
Feb 12,2008

Salam… minggu ni minggu cuti sekolah. Memang dah jadi kebiasaan kami sekeluarga bila cuti sekolah mesti tak dpt nak jalan2 pasal mesti ada yang sakit. Kali ni giliran Caca pula yang sakit. Sehari sebelum cuti dia memang dah sakit dalam telinga. Dah bawa jumpa doktor. Rupanya infection. Ada merah dan bengkak sikit dalam telinga. Sebelum tu Caca ada cakap dia jatuh kat school, tapi tak tahulah macamana dia jatuh. Dahlah sakit telinga satu hal, boleh pula kat keliling mulut tu jadi gatal2. Dah macam jerawat batu lah pulak rupanya. So, 3-4 hari jugalah Caca ni merana demam. Kesian dia…. selalu dia yang paling banyak makan nasi. Bila dah demam, langsung tak nak makan. Rasanya dah 2 hari tak nak makan. Cuma makan koko crunch je. Hari Ahad lepas kononnya nak ke Carboot lagi, nak tgk kot2 ada jual barang baby… tapi memandangkan Caca masih demam kami pun tukar haluan ke area ASDA. Kat situ ada banyak juga kedai2, macam JJB sport, ARGOS, BOOTS, kedai furniture, banyaklah lagi. Dah sambil jalan2 tu dapat juga saya baju ragby England, sebab dia tgh nak clearence stock.

Lepas tu, beli barang sikit kat ASDA. Jam dah pukul 12-30pm. Mestilah nak balik makan. Agaknya ksiankan Caca, hubby bawa kami semua makan kat Red Dragon. Makan stail buffet. Puaslah kami makan, dari jam 12-45 sampai pukul 2-30pm. Makanannya, yang main menu tu ala-ala Indian dish, ada sushi, mee goreng yg digoreng kat situ juga, roti mcm tosei, pizza, banyaklah lagi. Last sekali kami makan aiskrim campur kek coklat. Yang best nya Yaya pulun makan aiskrim sampai 2 kon. Puas dia makan. Siap dah balik rumah pun masih dok cerita pasal aiskrim yang dia makan. Alhamdulillah esok tu Caca terus nampak dah makin sihat. Moral daripada story ni bila anak demam ke tak sihat ke, bawa dia keluar gembirakan hati dia, pasti dia cepat sembuh.

Happy Birthday Sarah Batrisyia!!!!!

  • Filed under: General
Tuesday
Feb 5,2008

Hari ni merupakan hari lahir anak buah saya. Rasanya dah masuk umur 9 tahun hari ni. “Kak Sarah, mama dgn ayah bagi hadiah apa?” Hadiah dari angah kena tunggu kay..Kak Sarah belajar rajin-rajin bagi pandai. Rindu angah nak tengok Kak Sarah.