Salam… Cerite kali ni pasal Aliyah. Sudah 4 hari termasuk hari ni Yaya dah tak pakai drypers. Eh! eh! pandainye…umur baru masuk 2thn 10 bln, anak sapelah tu…!! Hari pertama terkucil juga atas kapet. Terpaksalah saya menyental. Hari kedua konon-kononnya dia nak tunjuk terer kat mamanya, terus masuk bilik air. Last-last tak sempat buka seluar terkucillah pulak atas alas kaki. Nasib baiklah bukan atas karpet. Saya dah belikan potty untuk dia. Tak nak pulak dia buang air kat situ. Nak pakai yang dewasa punya juga. Nak buat camne… Yaya kan suka copy Caca. So far sekarang ni alhamdulillah Yaya nak wee wee pun dah pandai dah. Dapat jimat duit papa ye… Hari ni merupakan hari penat buat saya. Pagi - pagi lagi dah kena hantar Caca ke school. Balik je dari hantar Caca, siap basuh baju, lipat baju dan kemas dapur. Yaya pula demam lak hari ni. Nasib baik nasi goreng semalam ada lagi. Panaskan makan je nasi goreng tu. Hari ni Isnin, biasanya hubby saya posa. So, lambat sikitlah masak. Pukul 1 baby Safya datang. Bila hubby balik dari school, kesian pulak saya tengok dia kepenatan, maka saya merelakan diri uk amik Caca dari school. Lepas je Safya balik terus saya masak, nasi ayam lagik. Kiranya non stop le saya buat keje hari ni.Bila dah semua selesai makan baru terasa penat. Itu yang selepas isyak ni je saya nak kroh!!!!!
One Response for "Aliyahku Sayang…"
Windunyerrr angah kat caca ngan yaya…
Leave a reply