Salam… Hari ni merupakan hari yang paling malas buat diri saya. Niat di hati memang nak masak utk makan hari ni. Tetiba je badan rasa lain macam. Seram sejuk je. Last-last sampai Caca balik school pun saya masih belum masak. Jadinya hari ni sume makan galic bread dan fries cicah sos je. Sian kan…..Hubby saya ni, saya pun tak tahu apa kepandaian memasak dia. Sebabnya dia belum lagi menunjukkan kehebatan memasaknya kat saya. Dulu masa pegnen 2nd time, penah juga saya berjauhan dgn dia sampai beberapa bulan. Bila ditanya katanya dia masak sendiri.
Lagipun bila dah hari2 kena masak, macam dah jadi kebuntuan nak apa lah pulak menu nak dimasak hari ni. Boleh tension juga dibuatnya. Suhu sekarang dah jejak 6 darjah celsius. Nanti pagi esok jejak 3 darjah. Sejuk!!!!!!!. Bila dah sejuk2 camni, sume benda jadi pasif. Malas segalanya. Bila sesekali ada cahaya matahari, woi…!! seronoknya. Mungkin keadaan mcmni akan berkurangan dalam masa 2-3 minggu lagi kot. Rasanya dah sampai klimaks winter. Bila dah masuk auntum wah bestlah sikit. Gambar kat atas tu gimik je (gambar tahun lepas… ) belum pun turun snow lagi…he..he..
Sekarang pukul 830 malam. Caca dah tido. Yaya ni biasalah selagi belum jejak pukul 10 malam belum time dia lah. Kekadang tu siap layan kartun sorang2. Tapi sekarang ni dia tengah kemaruk nak melukis. Pandai pulak dia lukis Octopus. Habis kertas A4 papa dikejakannya. Saya pun dah masukkan nama Yaya kat school Caca. Cuma tunggu surat dari Council nak tentukan school mana. Nampaknya bulan September ni Yaya akan masuk school pulak.
Salam… Cerite kali ni pasal Aliyah. Sudah 4 hari termasuk hari ni Yaya dah tak pakai drypers. Eh! eh! pandainye…umur baru masuk 2thn 10 bln, anak sapelah tu…!! Hari pertama terkucil juga atas kapet. Terpaksalah saya menyental. Hari kedua konon-kononnya dia nak tunjuk terer kat mamanya, terus masuk bilik air. Last-last tak sempat buka seluar terkucillah pulak atas alas kaki. Nasib baiklah bukan atas karpet. Saya dah belikan potty untuk dia. Tak nak pulak dia buang air kat situ. Nak pakai yang dewasa punya juga. Nak buat camne… Yaya kan suka copy Caca. So far sekarang ni alhamdulillah Yaya nak wee wee pun dah pandai dah. Dapat jimat duit papa ye… Hari ni merupakan hari penat buat saya. Pagi - pagi lagi dah kena hantar Caca ke school. Balik je dari hantar Caca, siap basuh baju, lipat baju dan kemas dapur. Yaya pula demam lak hari ni. Nasib baik nasi goreng semalam ada lagi. Panaskan makan je nasi goreng tu. Hari ni Isnin, biasanya hubby saya posa. So, lambat sikitlah masak. Pukul 1 baby Safya datang. Bila hubby balik dari school, kesian pulak saya tengok dia kepenatan, maka saya merelakan diri uk amik Caca dari school. Lepas je Safya balik terus saya masak, nasi ayam lagik. Kiranya non stop le saya buat keje hari ni.Bila dah semua selesai makan baru terasa penat. Itu yang selepas isyak ni je saya nak kroh!!!!!