Salam… Kali cite masak-masak lagi.
Saya cuba buat kek butter, memang peberet saya zaman sekolah2 dulu. Asal kalau gi pekan Sg Petani (sekarang dah jadi bandar dah!) mesti saya suruh mak beli kek butter ni.Masa tu harga dia baru RM5-00 sebiji. Nama kedai tu Fairy Kek, rasa masih ada lagi lah kedai tu. Almaklumlah dah lama tak jenguk SP.. (hidup diperantauan katakan.
.).Ok inilah resepinya.
Bahan-bahan
Bahan A : 250g butter
210g gula (nak guna gula caster pun bole)
200g tepung naik sendiri
1 sudu teh (level) baking powder
sedikit esen vanila
Bahan B : 5 biji telur
Cara membuatnya:
Pukul bahan A hingga sebati dan masukkan telur sedikit demi sedikit. Bakar selama 1jam pada 160c.
Salam…Semalam saya buat kek pisang. Kira menjadi la selepas 2 kali memcuba. So resepi ni boleh ikut bagi yang nak masak kek pisang.Oh.. sori gambar tak de ye….
(Sumber dari ; Noormasri)
Bahan2
3 biji pisang-lenyek (2 cawan teh)
250g self-raising flour
160g gula
180g butter
4 sudu besar fresh milk
3 telur-pukul
1-2 drops esen pisang
1 level sudu teh baking powder
1 level sudu teh baking soda
pinch of salt
Cara:
Pukul butter dan gula, masukkan telur yg telah dipukul,esen pisang,susu,pisang lenyek, baking soda,baking powder dan garam. Kemudian masuk tepung sedikit demi sedikit.Bakar selama 1 jam pada 150c .
Salam… Kadang2 waktu pagi kat rumah kami ada sekumpulan burung merpati datang. Kebetulan waktu hubby baru balik hantar caca gi school, datang pulak kumpulan burung ni. Memang dah rezeki burung, nasi lebih semalam memang hubby bagi le burung makan…




