Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for May, 2008

Rempah Kehidupanku….

  • Filed under: General
Tuesday
May 20,2008

Salam… Hari ni kira hari terakhir saya berpantang. Biasalahkan bila berpantang sendiri, semua kerja kena urus sendiri. Sampai hantar anak gi sekolah pagi2 jalan kaki (oppss jgn cakap mak ye..) hari yang ke 30. Sebenarnya hubby terpaksa jumpa supervisor so tak dapat dia nak hantar Caca. Selalunya memang rutin hubby yang hantar Caca gi school.

Kali ni nak cerita mengenai saya yang dah berkali2 diserang demam semasa dalam pantang. Kenapa ye? Orang kata bentan…Iye ke? Yang tak seronoknya bila saya demam, terpaksalah baring je. Masak pun masak ala2 goreng-goreng je. Harap-harap selepas pantang ni badan saya sihat selalu. Kesian anak2 kalo maknya asyik demam je kan…..

44 Hari

  • Filed under: General
Monday
May 19,2008

Salam…Yea! Yea! tinggal satu hari lagiĀ  nak merdeka. Tapi dah merdeka pun tak dapat gi jejalan sambil abiskan pound hubby :) pasalnya hubby kena antar report hujung bulan ni. So, kenalah tunggu bulan Jun, itupun Caca dah nak abis cuti sekolah. Tak pe lah bawa anak2 gi city center je lah.

Cerita Alifah lagi…. Dah pandai senyum, bila dengar nama dia dipanggil2. Bole kata cepat jugalah perkembangan Fafa ni. buat masa sekarang ni gambar tak dpt upload lagi. Hubby sibuk kan… Komputer dia punya, so kenalah bersabar kan…

Botak???

  • Filed under: General
Saturday
May 17,2008

Salam… Kali ni masih lagi kemaruk cerita pasal baby Fafa. Selepas majlis cukur jambul hari tuh, dah habis bercapuk2 lah kepala Alifah ni. So, hubby pun apa lagi esoknya terus je botakkan kepala Fafa. kat bawah ni gambar aksi-aksi Alifah masa kena botak… :D

fafa.jpg

Tengah sedap tido…

fafa1.jpg

Masih lena diulit mimpi…

fafa2.jpg

Fafa masih nyenyak tido…

fafa3.jpg

Tak sedar yang kepalanya dah separuh botak… :D

fafa4.jpg

Sedapnya kena usap-usap mcm tu. Ala2 gunting kat kedai gunting India

fafa5.jpg

Dah botak satu kepala pun masih dalam tido…

fafa6.jpg

Lepas tu baru nak buka mata, agaknya dah rasa sejuk kepala tu sbb botak…

 

Meta




Advertisement