Salam… Lagi seminggu Alifah dah masuk 3 bulan. Pantas sungguh masa tu berlalu…Alifah pun dah makin cerdik. Tak nak ditinggalkan sorang-sorang, pasti dia jerit-jerit atau menangis suruh orang tengok dia.

Tengok tu…agak2 mcm rupa siapa? Mama ke Papa…

Masa tgh baik… so, tak de lah nak nangis….
Salam…Ini adalah percubaan pertama dan boleh lah tak menghampakan. Cuma anak saya, Aliyah tak suka sangat.

Sumber dari Kak Hanieliza
BUAH MELAKA
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.
Salam…Khamis lepas ke carboot dengan Aliyah. Jalan-jalan terjumpa dua ekor singa ala-ala lembik juga. so apa lagi terus tanya harga Cuma £2-50. Tapi minta kurang dapat le £1-50, ok juga la kan….So, Angah amacam nak tak? Tapi Caca dah iktiraf dia punya…
