
Salam… Selamat menyambut hari kebangsaan dan selamat berpuasa kepada semua muslim yang ada membaca blog saya. Semoga kita mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini. Amin….
Salam…Baru-baru ni selepas tengok anak-anak kemain makan karipap masa jamuan, (maklumlah mamanya dah lama tak buat karipap….) So, pagi-pagi lagi saya uli doh karipap. Biasanya feberet anak-anak inti sardin termasuklah hubby. Memang masa saya kecik-kecik dulu pun mak selalu masak karipap inti sardin. Cucur Badak pun inti sardin sedap!!!. Kalau tak silap saya orang Johor panggil karipap ni epok-epok.
Bahan-bahan
Inti : Sardin (hancur-hancurkan) , bawang merah@besar, perahan jus limau, garam secukupnya. Masak diatas api sederhana.
Doh : tepung gandum, majerin@butter, air dan garam. (Semua bahan-bahan ni saya main agak-agak je, tak pakai sukatan pun…
)
Cara-cara: Gaul majerin @ butter dengan tepung. Agak sebati, bancuh garam dengan air panas. Buat lubang ditengah adunan tepung, tuang air garam tadi sedikit demi sedikit. Uli sampai menjadi doh dan tak melekat ditangan. Semasa hendak isi inti, doh hendaklah ditutup dengan kain @plastik untuk kekalkan kelembapan doh. Kemudian boleh goreng pada api sederhana.
Salam…Sejak kebelakangan ni, saya macam dah buntu nak cerita-cerita. Tak tahu kenapa? Hari-hari sibuk macam biasa. Rutin surirumah… Alisya cuti sekolah, kerjanya asyik-asyik lapar je
. So, mama terpaksalah kena rajin (walaupun sebenarnya tak rajin sangat! ) Pipi Alisya pun dah tembam sikit sejak cuti sekolah sebulan lebih. Hari Selasa ni dah buka sekolah, Aliyah pun start masuk nursery. Bila semua masuk sekolah, rasanya makin busy lah sikit life saya..
Inilah aksi-aksi gediks Alisya dan Aliyah…