Salam…Baru-baru ni selepas tengok anak-anak kemain makan karipap masa jamuan, (maklumlah mamanya dah lama tak buat karipap….) So, pagi-pagi lagi saya uli doh karipap. Biasanya feberet anak-anak inti sardin termasuklah hubby. Memang masa saya kecik-kecik dulu pun mak selalu masak karipap inti sardin. Cucur Badak pun inti sardin sedap!!!. Kalau tak silap saya orang Johor panggil karipap ni epok-epok.
Bahan-bahan
Inti : Sardin (hancur-hancurkan) , bawang merah@besar, perahan jus limau, garam secukupnya. Masak diatas api sederhana.
Doh : tepung gandum, majerin@butter, air dan garam. (Semua bahan-bahan ni saya main agak-agak je, tak pakai sukatan pun…
)
Cara-cara: Gaul majerin @ butter dengan tepung. Agak sebati, bancuh garam dengan air panas. Buat lubang ditengah adunan tepung, tuang air garam tadi sedikit demi sedikit. Uli sampai menjadi doh dan tak melekat ditangan. Semasa hendak isi inti, doh hendaklah ditutup dengan kain @plastik untuk kekalkan kelembapan doh. Kemudian boleh goreng pada api sederhana.
One Response for "Karipap @ Epok-epok"
tak sangka kita share common things yea kak fik… our family also peminat karipap sardine… hehehehe…. very much! esp aiman…
Leave a reply