Salam..Jangan le terperanjat… pasalnya masa bulan puasa saya tak sempat nak update cerita ceriti pasal masak-masak ni. Ini kiranya ganti balik lah ni. Sebab tu lah ada siri 1 dan seterusnya…. Selepas ni mungkin N3 banyak sikit cerita tentang masak-masak pulak.
Resepi asal dari Kak Hajar FP (minta halal ye Kak…)
1 cupak beras basmathi
1 ekor ayam- bersih dan dipotong2
1 cawan susu cair-saya guna freshmilk
4 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar kaskas-saya tak letak pun
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
4 inci halia* (*blend)
5 bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 senduk minyak sapi
1/2 cawan minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1. Beras dibasuh dan direndam kira-kira 5 minit, kemudian toskan
2. Gaulkan ayam bersama rempah kurma, kaskas dan bhn blend*…perap kira-kira 5 minit
3. Panaskan minyak sapi dan minyak, masukkan ayam bersama2 bhn perap, bunga cengkih dan kulit kayu manis, kacau hingga pecah minyak
4. Masukkan pula air, susu dan garam.
5. Apabila mendidih masukkan beras dan kacau rata, kecilkan api biar hingga masak
(Langkah 5 ni…terus masuk je dalam rice cooker
)
6. Setelah masak leh le dihidangkan bersama taburan kismis, gajus dan bawang goreng jika suka.
Leave a reply