© 2008 Fikriah happy_birthday_cake

3 Puluh 3

Salam… Dah lama rasanya tak menaip kat blog nih. Selalu je tempek cerita-cerita yang copypaste. Kali ni nak cerita pasal 33. He..he.. bukannya apa… 33 ni adalah genap umur saya 33 tahun hari ni. Macam tak caya je saya dah masuk 33. Rasa macam baru 23 (ish perasan betul…).Kiranya ini dah kali kedua saya sambut besdey di perantauan. Apa pun saya bersyukur kerana diusia 33 tahun ni, Allah dah kurniakan saya suami yang penyayang, anak-anak yang comel dan cerdik, adik-adik dan kakak yang sangat sporting, mak ayah yang baik, dan banyak lagi yang tak mampu saya coretkan kat sini. Syukur Alhamdulillah….Tapi yang sedihnya saya tak dapat nak buat kek besdey sebabnya Aliyah sakit, so kena pantang makan sikit. Kalau tidak mungkin kulitnya masih merah-merah lagi.

2 Responses to “3 Puluh 3”

  1. adie adie says:

    kak fikh… hepi besday… semoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah swt… semoga kehidupan mendatang lebih ceria dengan limpahan kurniaan dari Ilahi… tak teringin nak jenjalan kat scandinavia countries ke… singgahla denmark!

  2. hepi belated besday kak long :)
    sowielah kakak lupa tarikh besday kak long…

Leave a Reply