Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

About Us

Selamat datang ke laman blog kami Rempah.com! Tujuan blog ini adalah untuk mengumpul segala informasi atau maklumat sepanjang perjalanan kehidupan kami di dunia ciptaan Allah yang bertuah ini. Pada peringkat awal penghasilan blog ini adalah untuk tatapan ahli keluarga kami di Malaysia, memandangkan buat masa ini kami menetap di Cardiff, UK. Tetapi lama-kelamaan, secara tidak langsung dengan penghasilan blog ini, kami mempunyai rakan-rakan di seluruh dunia. Kepada rakan-rakan yang sudi singgah dan memberikan komen kepada setiap artikel, kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga dengan kehadiran anda semua dapat mempereratkan lagi tali-sillaturahim antara kita semua. Terima kasih!

Siapa di sebalik Rempah.com?

Asmawi, ketua keluarga merangkap seorang bapa yang penyayang kepada tiga orang puteri. Seorang pensyarah di salah sebuah Universiti di selatan tanahair. Kepakaran di dalam bidang kejuruteraan awam pengkhususan kepada teknologi maklumat, pengurusan binaan dan gempa bumi.

Fikriah, ibu kepada tiga orang puteri. Seorang suri-rumah sepenuh masa yang meninggalkan kerjaya tercinta sebagai jurutera awam. Pernah berjawatan seorang Leftenan Muda, Jurutera, Kerani Bank dan kini Suri-rumah. Blogger yang aktif di mana 70% penghasilan artikel Rempah.com adalah daripada saya. Suka mencuba resepi masakan yang baru.

Alisya, anak sulong kami. Seorang yang agak pendiam. Paling kuat dan suka menangis mengalahkan anak bongsu kami.

Aliyah, anak kedua kami. Seorang yang periang. Sudah mula menguasai tiga bahasa, English, Spanish & Malay.

Alifah, anak bongsu kami. Seorang yang aktif. Umur masuk 3 bulan sudah pandai meniarap dan mencapai barang-barang di sekeliling dia.