Al-fatihah…! Hari ini kami dimaklumkan bahawa Pak Long kami telah meninggal dunia. Ayah hantar sms pukul 3 pagi waktu Malaysia tadi. Pak Long merupakan ‘role model’ dalam keluarga kami. Hampir semua anaknya berjaya dalam pendidikan dan kerjaya.
Kami juga dimaklumkan ahli salah seorang Cardiff keluarga, ibu kepada abang Shafizal juga telah pulang kerahmatullah.
Didoakan semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang soleh. Aamiin Yaa Robbal ‘Aalamiin..



salam..takziah buat arwah…al fatihah.
Terima kasih Kak Ina kl..al-fatihah utk arwah.
salam kak long..sehari sebelum Pak Long meninggal adik pegi melawat dia dekat hospital..sangat sayu hati adik saat terpandang muka arwah…berbeza sangat dengan Pak Long yang adik kenal sebelum ni..saat tuh dia cuma bergantung pada oksigen saja..erm sama2 kita doakan agar roh Pak Long dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang2 yang beriman…AMIN