Kak Mus terima permintaan 5,000 biji sehari selepas sertai Pusat Internet Desa
NAMA Musringah Ismon, 50, pernah disebut di Parlimen beberapa bulan lalu kerana kisah kejayaannya meningkatkan pendapatan berlipat kali ganda melalui jualan kuih pau kira-kira 5,000 biji sehari selepas menyertai program Pusat Internet Desa (PID) Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.

Kisah kejayaan beliau diceritakan sendiri Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shaziman Abu Mansor. Daripada menjual secara kecil-kecilan dan hanya menghantar pau ke gerai kopi berhampiran rumahnya menggunakan basikal, Musringah kini memiliki van sendiri.
Pesanan yang diterima juga semakin bertambah bukan saja daripada individu atau syarikat di sekitar kawasan Sabak Bernam dan Selangor, malah bungkusan pau yang menggunakan label Mus Pau juga dipasarkan ke kedai ternama dan turut dibawa ke luar negara.

Musringah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Mus berkata, permintaan diterima daripada isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk dihantar ke London dan United Kingdom.
Walaupun pesanan yang diterima tidak banyak, namun pau dikirim setiap bulan sudah cukup membanggakan wanita cekal itu dan menjadi pendorong untuk beliau terus berusaha.
DAVOS 26 Jan. – Google Inc, syarikat gergasi enjin carian Internet, telah memulakan perbincangan dengan Multimedia Development Corporation (MDEC) dalam usaha untuk mewujudkan pangkalannya di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Google berminat untuk melabur di Malaysia memandangkan terdapat prasarana cukup dan kedudukan geografi yang strategik.
‘‘Malah, rancangan-rancangan masa depan teknologi komunikasi maklumat (ICT) kita boleh membantu pembangunan Google mewujudkan pangkalan mereka di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.
Terdahulu, Abdullah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt di luar mesyuarat tahunan WEF.
Selain itu, kata Abdullah, Google menyatakan puas hati dengan kadar peningkatan pengguna Google di Malaysia yang merupakan yang tertinggi berbanding di negara-negara rantau Asia Tenggara.
Abdullah berkata, Google juga berharap kemudahan-kemudahan yang disediakan kelak juga akan dapat dimanfaatkan oleh negara.
Google Inc merupakan sebuah syarikat awam dan enjin gelintar (carian) Amerika Syarikat, yang pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998.
Setakat 30 September 2006, syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 9,378 orang pekerja sepenuh masa.
Penyenaraian awam Google dibuat pada 24 Oktober 2004 dan syarikat itu kemudiannya mencapai nilai hampir RM76 bilion.
Melalui beberapa pembangunan produk baru, pengambilalihan dan perkongsian, Google berkembang daripada syarikat enjin pencarian serta pengiklanan kepada bidang-bidang lain termasuk e-mel, laman web, pemetaan dalam talian dan produktiviti pejabat.
Di Asia, Google mempunyai pejabat di China, Hong Kong, India, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.
Kemudahan carian dan cara mudah menggunakannya menjadikan Google antara jenama yang paling terkemuka dan sebagai satu perniagaan, Google menjana pendapatan dengan menyediakan pengiklanan melalui Internet yang menjimatkan kos bagi para pengiklan.
Mengenai WEF 2008, Abdullah berpendapat forum itu telah membuktikan ia bersedia menjadikan topik-topik perbincangan berasaskan daripada perkembangan yang berlaku di dunia.
Sebelum ini, katanya, isu hangat iaitu kemelesetan ekonomi yang pernah melanda Amerika tidak dijadikan sebagai tajuk perbincangan, tetapi kini sudah pun menjadi perkara yang ditimbulkan di kalangan peserta.
‘‘Jadi ia menjadi forum yang cukup responsif kepada apa juga perkembangan yang berkaitan ekonomi mahupun politik. Selain itu bilangan yang datang begitu ramai dan ia memberi kesempatan kepada banyak pihak untuk berbincang secara dua hala - sesama pemimpin kerajaan tetapi juga dengan ketua-ketua syarikat besar di dunia,” katanya.
Sementara itu, Abdullah serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang juga berada di sini, telah mengambil kesempatan sempena mesyuarat tahunan WEF bagi mempromosikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) selama lima hari mulai 18 Mei ini di Kuala Lumpur.
‘‘Sambutannya baik. Datuk Seri Jamaludin dan para pegawai MDEC mengambil peluang bertemu banyak pihak semasa di sini,” jelasnya.
– Utusan Mingguan
Alhamdulillah dalam kesibukan harian dan keadaan ‘network’ yang macam biskut chipsmore, dapat juga saya siapkan projek terkini famili kami, Prospek.net. Sebenarnya idea nak buat ni timbul bila asyik dok shopping kat eBay jek. So cedok la sket eBay punya konsep. Search kat google, boleh jumpa lak ada web yg jual source code mcm eBay ni. Kenalah beli, kena guna yang ‘ORIGINAL’. Interface die modified sikit bagi nampak lain. Actually nak upah orang buat interface, punya la mahal kos die. Dekat £300. So… baik aku buat sendiri. Bukan susah pun. Tacap sana-sini jek.
Kenapa Prospek.net? Perkataan ‘Prospek’ kalo dlm BI = ‘Prospect’, maksud die lebih kurang ‘the possibility of future success’ = ‘kemungkinan kejayaan pada masa akan datang’. Kalo dalam BM, kena refer Kamus Dewan la. Kat Cardiff ni tak bawak kamus tu. So banyak refer dari Oxford je, tapi lebih mudah guna arahan ‘define: prospect’ kat search google, nnt jumpa la maksud die ape.
‘Kemungkinan kejayaan pada masa akan datang’, panjang kalo nak diceritakan. Rasanya semua org menantikan kejayaan pada masa akan datang, termasuklah dalam amal ibadat sebagai seorang Muslim. Kalo banyak amal ibadat yang kita lakukan kepada Allah, Insyallah di Padang Mahsyar tak ada masalah. Syurga dalam tangan. Jadi di sini perkataan ‘Prospek’ tu banyak main peranan. Termasuklah di dalam bidang perniagaan. Usaha tangga kejayaan. Kalo org yg buat MLM sure kena cari banyak prospek kan? Saya dulu pun ada join gak MLM, kesimpulan yg saya dapat, indah kabar dari rupa. Teruk gak nak kena cari prospek, nak2 yg dah ada target sebulan berapa org yg nak kena cari. Adusss…… lemah!!!
Berbalik cerita tentang Prospek.net ni. Domain ni dah lama beli, tapai masa tu tak tau projek apa nak buat. Domain name yang dibeli punya la banyak antaranya: www.academia.com.my, www.academia.my, www.campus.com.my, www.academias.com (tutup kejap, ada org UK nak saman copyright), www.rempah.com dan www.prospek.net. Tetiba hari tu adalah kawan kat Cardiff ni tanya, “Beli banyak2 nak buat ape? Concetrate pada SATU dah la. Kasi power punya”. Opsss…. terasa jugak, setahun dah la berapa nak kena bayo semua domain tu. Sakit gak, so tu yg perlahan-lahan concetrate satu yang power punya, www.prospek.net. Power ker? Tak tau la. Buat je la dulu marketing yang mana termampu. Harap2 jadi power tapi bukan dalam masa yang singkat. Banyak keja gak nak kena buat especially marketing. So sesiapa yang terbaca article ni, tolong2 la saya dengan projek ni. Tolong lah hebah2 kan. Nak buat marketing betul2, banyak guna duit. Siapalah saya tanpa rakan2. Buat bisnes mana boleh sorang2. Kawan memang main peranan. Kena ada ‘network’. Insyallah kalo projek Prospek.net ni berjaya, saya akan buat kenduri jemput orang yg tolong market kan projek saya ni. Tapi terus-terang saya katakan, dalam masa terdekat ni, Prospek.net tak generate duit apa2. Semuanya FREE. Income yang boleh saya dapat, mungkin daripada IKLAN. Itupun kalo HIT tinggi, barulah orang nak iklan, Nak tak nak, bagi run la dulu Prospek.net ni.
Actually perniagaan ala-ala auction mcm ni kat Malaysia, Lelong.com.my rajanya, eBay.com.my pun takleh nak bid. Saya pernah dengar cerita eBay pernah menawarkan untuk membeli Lelong, tapi Lelong tolak. Tak tau betul ke tidak. Tapi konsep saya bukanlah lelong semata-mata. Banyak lagi yang boleh dikembangkan dengan Prospek.net. Mostly concentrate pada orang yang nak berniaga secara kecil-kecilan. Secara kesimpulan, dalam masa terdekat ni penggunaan Prospek.net adalah percuma (FREE). So sesiapa yang SME, SOHO etc. and ada product yang nak diiklankan, dipersilakan.
p/s. Bagi sesiapa yang berminat nak tolong iklan kan Prospek.net, kat atas tu ada banner Prospek.net, copy and link kan ke web anda. Buat masa ni saya tengah siapkan system affiliate, Insyallah nanti mudah la kalo nak keep track sesapa yang tolong iklan kan. Maybe yang hebat2 tolong iklankan, adalah ganjaran yg akan saya berikan nnt.