
A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam
Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya
B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. 1/2 cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. 1/2 cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. 1/2 cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng
Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.
C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. 1/2 cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula
Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.
D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)
Cara
1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)
Sumber : Restoran Pak Amir(dari blog Chetam)Dijamin sedapppp kan!![]()
Salam… Tinggal lagi 1 hari lagi umat Islam kat UK ni akan sambut Hari Raya Haji, termasuklah kami. Tapi suasananya macam hari2 biasa
. Nasib baiklah raya jatuh hari Rabu, kalau hari Khamis macam Msia, nampaknya macam hari raya puasa lah. Hubby kena jumpa supervisor. Ni pun tak tahu sambutannya mcm mana….Nak masak ke tak? Tapi hubby nak buka rumah hari Sabtu ni. Nampaknya kena masaklah lagi. Menunya mungkin saya buat soto aje kot. Dessert mungkin buat puding koktel dan buahan shj. Kononnya nak buat biskut raya, tapi kemalasan tahap world, so cancel buat biskut raya. Mak kedah akan beraya kat Klang, rumah kakak saya. Maybe mak siap bawa daun palas sebab nak balut ketupat kat sana.
Sempena hari raya korban ni, genaplah setahun kami berada di bumi Cardiff ni….Tapi kat sini, org2 UK tengah sibuk nak sambut Krismas. Apa pun kenalah bersabar menunggu hingga ke saat dpt pulang ke Msia.
Salam… Ceh wah…. siap ada siri lagi cite pasal Lidl nih. Citenya bersambung dari kisah semalam. hari ni pulak pepagi biasanya hubby gi keje pukul 5-15am. So, pukul 4-30am dia dah bgn. Lepas pukul 4-45am masih dok dalam selimut lagi. Ingat dia tertido rupanya dia memang shj tido. Katanya dia cuti hari ni. Oh! ini sudah kira bagus nih. Kalau tak dpt beli FWP tu kat umah bole ajak dia gi Lidl tpt lain lak. Bangun aje pagi tu, kul 7-30am dia dah siap mandi. He..he.. nak tahu nape? Dia terus gi Lidl Newport Rd, pasal Lidl tu buka kul 8-00am. Lidl kat umah dan sekitarnya buka kul 9am. Huyo… tak sangka lak dia sanggup cuti dan gi beli FWP tu awal2 pagi. Lidl tu belum bukak lagi dia dah tunggu depan pintu. Sayangnya dia kat saya kan…(walaupun dia tu jarang tunjuk dia sayang…) tetiba aje hati ni rasa berbunga- bunga. Yelah mana ada suami yang sanggup tunggu pintu kedai, belum bukak lagi lak tu…semata2 nak beli barang kat isteri. Nampaknya kenalah rajin masak selepas ni… (nak amik hati lah konon…nnt dpt barang lain lak..he… he..
)