Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for the ‘General’ Category

Lidl oh Lidl

  • Filed under: General
Wednesday
Dec 12,2007

Nak tahu kenapa tajuk kali ni tajuk Lidl. Lidl tu nama supermarket kat UK ni. Kebanyakan barang2 dia dari Jerman. Ada satu keluarannya tu namanya “Food Warmer Pyrex”. Nak dijadikan cite, kilang Pyrex hanya keluarkan FWP ni hanya untuk Lidl sahaja, dan keluarannya hanya 2 tahun sekali. So,disebabkan alasan tulah punya FWP menjadi rebutan org2 Melayu di Cardiff ni (setahu sayalah. Tempat lain tu tak tahu lak!) Besok adalah hari Lidl nak jual FWP tu. Maka akan ramailah org2 kita akan serbu Lidl esok pagi (termasuklah saya…he.. he.. :) ). Nasib baik Lidl tu dekat dgn umah. Tapi itu tak menjamin saya akan dpt beli FWP tu… Ala kalo dpt beli 3 set pun kira oklah. Bole bawa balik Msia kan..Kalo dpt beli saya akan masukkan gambarnya kat sini. Apa2 pun esok saya akan roger lagi.

Hepi Bday 2 U….

  • Filed under: General
Tuesday
Dec 11,2007

Hari ni bday hubby saya. Kengkonon nak surprise pasal kek, tapi dia dah pesan awal2 tak yah beli kek. Ceh konon le tu nak tunjuk macho. Saya gi juga ke TESCO cari drypers Yaya, pastu rasa mcm tak tak sedap plak kalo dah bday tapi tak de kek. So, saya pun beli juga kek walaupun comel aje saiz kek tu.

Menu special hari ni, pagi, bekfes roti jala (termasin lak!!), tghari merangkap malam, lasagne dan kuih lopes….Macam tak caya je saya dah mampu buat kuih lopes tu… dulu kat Msia cuma tahu makan aje. Asal usul cara pembuatannya tak pernah amik tahu. Tinggal kat UK ni semuanya kena tahu. Agaknya kalo cite kat mak mesti dia kagum punya. Pasal anak dia dah macam2 bole masak.(he..he..he.. perasan le tuh! :) )

 

Tapi yang tak bestnya Yaya terkena diaherea (penyakit di musim sejuk, di UK). Kesian Yaya asik muntah dan cirit2 je. Sampai dah nampak kurus skit. Dulu masa baru sampai terkena juga, tapi tak lah seteruk kali ni. Tapi bila buat hubby punya bday celebrate, dia macam happy skit. Kalau tak mandom je….

Sekarang ni baru pukul 7.28pm, tapi mata….Ya Allah mengantuknye……… Rasa macam dah pukul 10 malam. Oklah dah tak tahan lagi mata ni…salam………

Oh! Malaysiaku

  • Filed under: General
Monday
Dec 10,2007

Hari ni, kami beramai-ramai menghantar pulang Nazri dan family balik ke Msia. Setelah 4 tahun mghempas pulas dptkan phd akhirnya dah bjaya… Mula2 saya tak delah rasa sedih sangat. Tapi bila dah sampai waktu berlepas… alahai sedihnya.. :( .Leleh juga air mata saya ni. Teringat masa kami mula2 nak berlepas ke UK. Mula2 tak de lah rasa sedih sgt. Tapi bila dah salam dan peluk2 tu tetiba je air mata ni meleleh secara automatik. Hai… tak tahu lah lepas sape lak lah yang bole dibuat kawan rapat kat Cardiff nih. Nazri ni, eceli “ayah angkat” kami semasa kami baru jejak kaki kat Cardiff ni. Dia lah yang byk bantu kami dlm dari cari rumah sampailah daftar Caca masuk school. Banyak juga tips yang dia bagi kat kami untuk survive kat sini. Nampaknya tunggulah lagi 2 thn nak jumpa semula. Semoga dia bersabar dalam menempuh alam pekerjaan kembali. Buat Cha’a, mesti seronok dpt gi pasar dan beli ikan2 fresh. :)

Meta




Advertisement