Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for the ‘Motivation’ Category

Monday
Aug 18,2008

Sumber: edazman.blogspot

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya,”Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda

“Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala
bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami
nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan
rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah.

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya,
Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari
akhirat.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri dimata orang-orang yang memerhatikannya.”

Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya,

Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Rating: 3.0/5 (1 vote cast)

Galakkan Anak Membaca

Wednesday
Aug 6,2008

Sumber : Dunia Perkahwinan Wordpress

BUDAYA membaca seharusnya bermula dan disemai sejak anak masih kecil. Ibu bapa yang prihatin seharusnya mempunyai pandangan yang kritis terhadap budaya dan tabiat membaca anak mereka apatah lagi ramai yang mahukan anak mereka berjaya.

Untuk itu, usaha haruslah seiring dengan keinginan. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah menjadikan anak sebagai ‘ulat buku’.

Tidak semua anak dilahirkan bijak. Kebanyakan anak dididik untuk menjadi bijak manakala kesannya hanya boleh dilihat dan dinilai setelah beberapa tahun.

Membaca cerita adalah salah satu cara yang penting bagi ibu bapa membantu anak mereka belajar membaca. Apa saja jenis buku boleh dibaca asalkan sesuai dengan peringkat usia mereka.

Menggunakan ekspresi gaya terutama sekali suara, pasti anak akan cepat ‘menangkap’ dan kadangkala terkejut dengan reaksi yang diberikan.

Bagaimana ibu bapa hendak membantu anak ke arah melahirkan masyarakat membaca?

Beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan untuk menyemai budaya membaca di kalangan anak-anak dan mungkin berguna buat ibu bapa.

* Biarkan anak melihat anda membaca sebagai satu keseronokan.

Jangan memaksa anak membaca jika mereka tidak suka. Namun, sedaya mungkin cuba terapkan amalan suka membaca dalam diri mereka menerusi pelbagai bahan bacaan termasuk buku dan akhbar.

* Galakkan anak anda membaca kepada anda.

Apabila anak berbuat demikian, jangan lupa memuji usahanya itu. Walaupun nampak kecil, ia amat berharga untuk si kecil. Sesekali, cuba mencari bahan bacaan dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab serta galakkan mereka menguasai dua bahasa berkenaan.

* Tunjukkan benda sekeliling anda yang ada tanda tulisan.

Sewaktu menaiki kenderaan, tentu banyak papan tanda yang mempunyai tulisan. Sambil duduk di dalam kereta, apa salahnya meminta anak membacakan untuk anda atau anda boleh membacakannya untuk mereka.

Ia umpama galakan untuk mereka. Selain persekitaran di jalan raya, tulisan pada bungkusan makanan dibeli pun boleh dijadikan perantara untuk menggalakkan si kecil membaca.

* Simpan bahan bacaan dan tulisan di tempat yang mudah diambil.

Buku, majalah, pensil dan kertas harus disimpan di tempat yang mudah untuk mereka ambil.

* Jangan jadikan waktu membaca sebagai ugutan.

Jika anak-anak anda menunjukkan tanda kurang berminat untuk membaca, jangan memaksa mereka membaca. Cuba jadikan masa membaca masa yang menyeronokkan supaya anak dapat memupuk minat membaca.

Jangan jadikan masa membaca seolah-olah masa yang menggerunkan. Dikhuatiri, si kecil itu lari daripada tabiat suka membaca dan cuba mencari inisiatif lain.

* Jangan membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain.

Tahap keupayaan anak tidak sama walaupun mereka adik-beradik sekalipun kembar seiras. Ada antara mereka cepat menerima apa yang diajar dan sebaliknya.

Kadangkala anak pintar tidak menunjukkan prestasinya sekarang tetapi menonjol pada masa akan datang.

Tidak perlu membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain walaupun anak ada kelebihan tersendiri. Setelah ibu bapa berusaha yang terbaik untuk anak-anak, berdoa dan bertawakal.

* Merangsang semangat membaca anak dengan hadiah.

Kaedah menghormati anak ini dapat mendorong mereka untuk melakukan perbuatan baik. Imam Ghazali dalam Juz 3 Ihya Ulumuddin, berkata: “Jika tampak pada diri anak kecil budi pekerti yang bagus dan perbuatan terpuji, sangat perlu anak itu dihormati dan diberi hadiah yang menggembirakannya. Dia juga boleh dipuji di hadapan orang untuk mendorong supaya selalu berbudi pekerti baik dan berperi laku terpuji.”

* Menyiapkan suasana selesa, lingkungan yang bersih dan menyenangkan, pemandangan memikat, cahaya mencukupi dan peredaran udara nyaman kerana perkara itu dapat membantu membangkitkan minat membaca anak-anak.

* Menyediakan buku yang pelbagai untuk anak.

Ibu bapa boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan perpustakaan kecil di rumah. Apabila anak-anak mendapati ada buku yang diperlukan di hadapan matanya, maka dia akan membaca buku dengan lebih bersemangat.

* Berikan pemahaman kepada anak bahawa waktu bagaikan pedang. Tugasan itu lebih banyak daripada waktu dan apa yang tidak diketahui itu lebih banyak daripada yang diketahui.

Thursday
Feb 21,2008

Dipetik dari Harian Metro, Oleh Pakar motivasi dan pendakwah, Nor Bahyah Mahmood
Puji - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

Peluk - Pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu belaian penuh kasih sayang.

Penghargaan - Antara yang patut dilakukan amalan memberi hadiah yang boleh menambah kasih sayang.

Perhatian - Aspek ini mesti diberi penekanan kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

Persefahaman - Sebagai manusia berkerjaya, ia memerlukan pasangan lebih bertolak-ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

Pergaulan - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan rasa cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Percutian - Harus merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

Permohonan - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.