Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for the ‘Recipe’ Category

Tart Telur

  • Filed under: Recipe
Friday
Oct 26,2007

Tart Telur

Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan. cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175′C.

Bahan2 Kastard telur
280 gm susu segar
160 gm gula (manis sangat.. saya letak dlm 130gm aje)
3 biji telur + ½ biji putih telur lebihan buat doh tadi
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.

Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175′C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

Mee Bandung Muar

  • Filed under: Recipe
Friday
Oct 26,2007

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning ( saya guna spaggethi je..)

10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)

1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.

CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG MUAR

Bahan-bahannya:
1 kilogram cili kering,
1/2 kilo udang kering,
5/6 ulas bawang putih

Tumiskan bawang putih, pas tu, masukkan cili kering yg telah blend. Pastikan minyak dah terbit dalam kuali, pastu masukkan udang kering yang dah dikisar..biar sampai masak… bolehlah masukkan garam skit, gula skit (terpulang pada citarasa masing-masing, tapi jangan terlalu manis pulak). Bila dah sejuk, masukkan ke dalam bekas kecil tu… tapi mesti simpan dlm freezer ya…..Selamat mencuba!!!!

Apple Pie

  • Filed under: Recipe
Friday
Oct 26,2007



Bahan-bahan:
250g mentega
500g tepung gandum
3/4 sudu kecil garam
1 biji telur
5 sudu makan air wap (sejuk)

Inti:
6 biji epal hijau di potong-potong
6 sudu kecil kismis
1 sudu kecil serbuk kayu manis
150g gula pasir
30g mentega

Cara memasak inti:
Satu kan semua bahan dan masak di atas api yang kecil sehingga epal empuk dan sedikit hancur.
Ketepikan.

Untuk membuat apple pie:
Gaul mentega dan tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air dan telur, sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan selama 10-20 minit.
Canai sehingga tipis dan di potong empat persegi. Isi kan inti ditengah nya dan dilipat dua dengan melekatkan hujungnya dengan sedikit air. Guna kan garfu untuk mencantum kannya. Sapukan kuning telur diatas nya dan bakar menggunakan oven 180-200 darjah sehingga masak dan kekuning-kuningan.

Meta




Advertisement