Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Archive for the ‘Recipe’ Category

Lasagne

  • Filed under: Recipe
Wednesday
Nov 28,2007

Bahan2:


1 botol sos merah lasagne Dolmio
1 botol sos putih lasagne Dolmio
1 tin chopped tomato
minced beef (£3)
lasagne sheet
grated cheese

Cara2:
1. Tumiskan minced beef bersama sos merah dan juga chopped tomato.
2. Susun lasagne sheet atas bekas pembakar.
3. Tuangkan sos merah tadi ke atas susunan lasagne sheet.
4. Kemudian, tuangkan pula sos putih ke atas lapisan sos merah tadi.
5. Ulang turutan tersebut hingga selesai.
6. Tabur cheese di atasnya.
7. Bakar selama lebih kurang 1 jam.

Puding Roti Nenas

  • Filed under: Recipe
Wednesday
Nov 28,2007

Puding Roti Nenas
Bahan2:
3 cawan susu (fresh milk)
1 cawan double cream
4 cawan roti panjang (dipotong dadu)
6 biji telur
2 cawan gula pasir
2 s/besar vanilla
1 cawan kismis
1 1/2 cawan nenas (dipotong dadu)
2 s/besar mentega

Cara2:
1. Cairkan mentega dlm kuali. Masukkan nenas, 1 cawan gula dan kismis. Kacau bahan- bahan tersebut hingga gula kekuningan.
2. Untuk kastard: campurkan bersama telur, 1 cawan gula dan vanilla. Pukul dan gaul rata. Kemudian, masukkan susu dan krim.
3. Pada bekas acuan, susunkan roti ke dalamnya.
4. Masukkan nenas dan kismis dari kuali tadi ke dalam bekas acuan.
5. Tuangkan bancuhan kastard tadi ke dalam bekas acuan. Biarkan ia berendam selama 10 minit.
6. Bakar pada suhu 175 darjah selsius selama 40 minit.

Keropok Lekor

  • Filed under: Recipe
Monday
Nov 26,2007

Keropok lekor

KEROPOK LEKOR PERANTAU (sumber Kak Wan)

Bahan-Bahan
4 mangkuk ikan tamban / selayang
6 mangkuk tepung sagu (Saya guna tepung tapioca dan dicampur dengan
sedikit tepung jagung)
Garam & serbuk perasa secukupnya
Air batu ikut kesesuaian adunan (saya guna air sejuk dlm peti saja)

Caranya
Bersihkan ikan, asingkan tulang & isinya. Mesinkan isi ikan hingga hancur.
Mesinkan sekali lagi isi ikan tetapi kali ini hendaklah dicampur air
batu, kemudian dimasukkan tepung sagu.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras sebelum digentel
dengan tangan membentuk saiz panjang.
Panaskan air hingga mendidih, masukkan keropok lekor & angkat setelah
ia timbul di permukaan air.

SELEPAS DIGORENG DAN SEDIA UNTUK DIMAKAN

Keropok lekor