© 2008 Fikriah

Donat

Salam… Setelah sekian lama teringin nak buat donat, inilah hasilnya. Walaupun rupa tak seberapa…tapi bila anak-anak makan dengan beria-ia bangga betul rasa hati ni.

donat1.jpg

Donat (Sumber dari Hajar FotoPage)

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum (atau strong white bread flour)
Minyak untuk menggoreng
Icing/castor sugar atau coklat masakan- utk salutan donat

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong ‘donut’ dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter, bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah dengan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut dengan icing sugar/ castor sugar semasa donut itu masih panas.

bfast.jpg

Muka 2 beradik yang tak sabar nak makan donat :D

2 Responses to “Donat”

  1. malim malim says:

    wah sya pun lama tak makan donut… esok mesti cari

  2. Fikriah Fikriah says:

    Yaya yang paling suka makan donat… :D

Leave a Reply