© 2009 Fikriah frame-raya1

Gambar Studio

Bila bercerita tentang gambar studio, mesti ada yang terbayang kena pergi kedai gambar dan posing di depan kamera. Memang pun… Harga pulak? Mesti mahal punya! Itu harga kedai. Kalau di UK ni pulak harga dalam pound (beratus-ratus) kalau convert ke RM mesti makan ribu-ribu. Mahal kan? Jadi di sini kami ingin mengambil inisiatif kepada mana-mana keluarga di UK yang berminat untuk mengambil gambar portrait keluarga bolehlah hubungi kami. Kami mempunyai studio gambar secara bergerak lengkap dengan semua peralatan studio. Semua ini boleh dilakukan di rumah anda. Harga tak mahal, bermula daripada lima belas pound sahaja selama satu jam. Sepanjang satu jam tu, anda boleh berposing ikut cara anda secara bebas. Kemudian kami atau anda akan pilih hanya lima belas gambar yang terbaik untuk simpanan anda dalam bentuk digital. Gambar tersebut akan diedit dan dimasukkan ke dalam CD terlebih dahulu sebelum sampai ke tangan anda. Kami juga ada menyediakan cetakan gambar yang, besar bersaiz poster. Harga bermula daripada dua puluh lima pound bergantung kepada saiz dan tidak termasuk frame gambar.

Kepada sesiapa yang berminat, silalah hubungi kami untuk tempahan slot mengambil gambar di rumah anda.

10 Responses to “Gambar Studio”

  1. aNGaH CoMeL aNGaH CoMeL says:

    nnt dah balik malaysia angah nak booking jd model yeak… hehehe :D

  2. anese anese says:

    wahhh…bila nak balik msia? nak juga photo session….!!hehe

  3. Fikriah Fikriah says:

    Insyaallah tahun depan kot. nanti kita jumpa then posing la puas2.

  4. Linda Linda says:

    Salam, Fik! Berapa besar saiz gambar yang u print tu?

  5. Fikriah Fikriah says:

    Linda, kalau guna kamera biasa atau slr yang bawah 12mb, biasanya saiz maximum yang kita boleh dapat adalah 8″x5″ (bergantung kepada setting kamera). Apa yang kami lakukan, gambar tersebut akan diedit terlebih dahulu, dan diperbesarkan kepada saiz 80″x50″ (hampir 10 kali-ganda). Tapi bagi yang tak biasa edit gambar, kalau diubahkan saiz sesuka hati, gambar yang bersaiz poster tu akan ‘pecah’ dan tak sharp.

    http://www.rempah.com/blog/a/saiz.jpg

  6. Linda Linda says:

    Kita orang kat Liverpool, u all sanggup datang tak untuk sesi gambar studio ni? And maybe ada 1-2 family lain yang nak join jugak.

  7. shah rafidzah shah rafidzah says:

    fikkkkkkkk, aku ngan bogarq baru je tercari-cari mana pegi member yang sorang ni…..rupanya ko kat cardiff………universiti mane???? bogarq dulu kat cardiff…mmm..amik gambo ni kat m’sia nak charge berapa???

  8. oni oni says:

    leh joint venture nih…

  9. Fikriah Fikriah says:

    salam shah, lama tak dgr kabar korang..anak dah brape? masih kat KL lagi ke? Mawi study kat Cardiff Uni. kami tinggal di Splott. Dekat juga dgn city center. Ada plan nk mai UK lagi ke? Kalo nk dtg sblm kitaorg balik thn depan..

  10. Fikriah Fikriah says:

    Oni, bole aja…

Leave a Reply