
KEROPOK LEKOR PERANTAU (sumber Kak Wan)
Bahan-Bahan
4 mangkuk ikan tamban / selayang
6 mangkuk tepung sagu (Saya guna tepung tapioca dan dicampur dengan
sedikit tepung jagung)
Garam & serbuk perasa secukupnya
Air batu ikut kesesuaian adunan (saya guna air sejuk dlm peti saja)
Caranya
Bersihkan ikan, asingkan tulang & isinya. Mesinkan isi ikan hingga hancur.
Mesinkan sekali lagi isi ikan tetapi kali ini hendaklah dicampur air
batu, kemudian dimasukkan tepung sagu.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras sebelum digentel
dengan tangan membentuk saiz panjang.
Panaskan air hingga mendidih, masukkan keropok lekor & angkat setelah
ia timbul di permukaan air.
SELEPAS DIGORENG DAN SEDIA UNTUK DIMAKAN



