© 2009 Asmawi konsert_siti

Konsert Seribu Warna – Dato’ Siti Nurhaliza

Salam Semua! Seperti tidak percaya dengan rezeki yang Allah kurniakan. Seperti yang termaktub di dalam ayat seribu dinar, rezeki daripada Allah boleh datang tanpa disangka-sangka. Inilah buktinya sekarang. Mendapat panggilan daripada Malaysia… “I got a NEW project for you, Siti Nurhaliza concert, next week!”. Terdiam seketika, memandangkan banyak lagi ‘urusan lain’ yang perlu diselesaikan. Tetapi projek ni yang mungkin datang sekali seumur hidup, so terpaksa agreed. Modus operandi yang sama, memerlukan payment gateway untuk system live streaming yang menggunakan teknologi daripada Denmark (part of my phd project).

So bagi peminat-peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang berada di luar negara, dengan kesempatan ini, anda bolehlah mengikuti konsert tersebut secara live melalui internet di rumah anda. Jadi tak perlulah bersusah-payah nak balik Malaysia semata-mata nak tengok konsert Dato’ Siti. Kurang sikit pencemaran alam sekitar. Lagi satu yang menarik, harga tiket online adalah HANYA USD3.00 (lebih kurang RM10.00) SAHAJA!! Murah giler!! Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau account PayPal anda.

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah lawati link berikut: http://www.guild.my/snp/

- Founder of www.guild.my & www.academia.my.

Leave a Reply