Mee Kari Kerrycroy -namanya diambil sempena nama jalan rumah saya
(resepi dari Masriyah FP)
500 gm mi kuning dicelur – saya guna spaghetti
300 gm taugeh – dibuang ekor dan dicelur
1 kg kerang(direbus dan ambil isinya)- saya letak mussel je
2 keping tauhu (digoreng & dihiris)
4 biji telur (direbus dan belah 2) -lupa letak
4 tangkai daun bawang (dihiris)
3 biji limau nipis (dibelah 4)
3 biji cili merah (dihiris nipis)
sayur sawi (celur) – kita tambah nie
Bahan Kuah:
3 camB minyak
Bahan Penumis:
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
daun kari
Bahan Blend:
1 labu bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia- kita tambah nie
4 camB serbuk kari – kita tambahkan lagi serbuk kari
1 camB serbuk cili – kedua2 serbuk dicampur sedikit air jadi pes
400gm ayam
1.5 L – 2 L santan
1 keping asam gelugur
2 keping kek ikan (dihiris nipis)
10 biji bebola taufupok (jika suka)
150 gm bebola ikan (dibelah 2)
kita tambah udang kecil yg tlh dikupas kulit
garam dan gula secukupnya
Cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis dan biarkan selama 1 minit.
2. Masukkan daun kari dan bahan blend.Kacau sampai wangi.
3. Masukkan pes rempah dangaul hingga naik minyak.
4. Masukkan daging dan kacau lagi hingga kering airnya atau kacau sehingga terbit minyak semula.
5. Masukkan santan, asam gelugur dan garam.
6. Kacau sekali sekala hingga mendidih barulah diperlahankan api dan renihkan hingga terbit minyaknya dan daging lembut.
7. Masukkan pula fishcake, fishball dan taupok.
8. Tambah garam dan gula ikut rasa.
9. Bila mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat.
10. Sajikan mee dengan bahan sampingan dengan kuah kari.


