© 2010 Fikriah Nasi Ayam Penyet

Nasi Ayam Penyet

Hari ni saya nak cuba masak nasi ayam penyet. Simpan resepi dulu, gambar akan ditayang kemudian.
(sumber resepi : myresepi dan MaDiHaA Fp )

Untuk Ayam Goreng Penyet
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 ~ 15 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup & nasi)
* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
2 keping tauhu
1 keping tempe
Minyak masak untuk menggoreng.
Tepung beras

1. Masukkan kesemua bahan bertanda * dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu. (~lebihannya perapan boleh simpan untuk dibuat kremes)
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. (Jangan goreng terlalu lama coz ayam dah pun masak) Angkat & tos. Goreng pula tempe & tauhu ikut step yg sama spt goreng ayam tadi.
6. Semasa menghidang.. ayam hendaklah diPENYET (diketuk) terlebih dulu sebelum dipotong ke bahagian kecil.

Untuk Sambal
* Sedikit minyak masak
* 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) ~ Cuci bersih & patah2kan
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
(* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.)

Sup
Guna air rebusan tadi
Sedikit serbuk rempah sup anggaran ½ sudu besar
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam
daun sup & daun bawang utk hiasan

1. Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup. & Masak hingga mendidih.
2. Dalam kuali panaskan sikit minyak & tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam.
3. Masa menghidang.. hias dengan hirisan daun bawang & daun sup.


Kremes@Serdak

1 1/4 cwn air stok ayam
1/2 cwn air
1 biji telur dipukul
60 gm tepung beras
garam secukupnya

Gaul semua bahan….ambil sesudu, tuang ke dalam minyak panas dan goreng garing. Ulangi sehingga habis……serdak ini juga menjadi tambahan semasa menghidang Nasi Ayam Penyet

@madiha style : Rempah lebihan perap ayam tadi dicampurkan dengan sedikit tepong beras & tepong jagung. Campurkan garam sikit, 1 biji telur & bancuh dengan air menjadi bancuhan yg agak cair gitu. Sendukkan bancuhan dlm setengah senduk dan tuangkan / goreng dalam minyak yang betul2 panas sambil sentiasa dikacau2 hingga kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sampai habis.

4 Responses to “Nasi Ayam Penyet”

  1. Fikriah Fikriah says:

    Jom try masak nasi ayam penyet…

  2. acu acu says:

    adik suka ayam penyet…masa posa 2 hari berturut² makan ayam penyet tau..yeahh kak long dah terer masak leh la balik cni nnt masak eh =)

  3. ena ena says:

    Kat shah alam ade kedai name “Nasi Ayam Penyek”, tp blom pernah masuk…hmmm…malas nak cuba.

  4. Sabariah Sabariah says:

    fik, mcm sedap je.blh try raya haji nnti.raya lps saya pegi rmh kamu tp x de sape.teringin nak mkn kuew teow sup mak kamu.selalunya dia ada kat rmh raya kedua kan

Leave a Reply