Nasi impit goreng ni menu breakfast pagi tadi. Dah kebetulan hari sebelumnya tu buat lontong, ni kira lebihan nasi impit lah. Biasanya menu nasi impit goreng, menu breakfast selepas hari raya pertama dirumah mak mertua saya, di Johor. Resepi ni pun adalah resepi mak mertua saya.
Resepi Nasi Impit Goreng
(anggaran hanya agak-agak je…)
nasi impit – siap dipotong dadu
* cili boh
* bawang merah
* bawang putih
* udang kering – direndam dulu
-bahan yang bertanda * ni dimesin halus.
sos tiram
sos cili
sos tomato
kicap
2-3 biji telur.
kobis, taugeh, karot – tapi cuma letak kobis je..
Cara memasak:
Tumis bahan mesin hingga garing, kemudian masuk semua jenis sos tadi. Agak dah nampak berminyak sikit masukkan nasi. Gaul dulu, kemudian sayur dan telur. Letak garam secukup rasa. Dah siap boleh dihidangkan dengan bawang goreng. Selamat mencuba..


