© 2010 Fikriah nasikerabu

Nasi Kerabu

Jom makan nasi kerabu…Nasi kerabu antara makanan favorite saya. Hubby pun suka juga nasi kerabu ni.Bole cuba ikut resepi ni sebab sedap tapi diubahsuai sikit oleh saya. Dah 2-3 kali jugak buat nasi ni.

Resepi Nasi Kerabu
Sumber : http://hanamemories.blogspot.com

Utk Nasi

* 3 cawan beras
* 4 cawan air
* 1 batang serai dketuk
* 2-3 daun limau purut
* sedikit pewarna biru

> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut dan pewarna biru.

Utk Sambal Kelapa/Ikan

* 1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit (saya guna kelapa kering)
* 2-3 ikan kembung/selayang – dipanggang (saya guna mackerel in sunflower oil- basuh sikit)
* 4 ulas bawang merah
* 1.5cm halia
* 1 batang serai – hiris
* 1 sudu kecil lada hitam
* garam dan gula secukup rasa

> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai guna api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

Utk Kuah Sambal

* *5 batang cili kering
* *5 ulas bawang merah
* *2 ulas bawang putih
* *2 inci belacan- bakar dulu
* *1.5 inci halia
* 1 batang serai – titik
* gula merah n serbuk perasa jika suka
* 2 cawan santan
* asam keping
* garam

> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
> masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.

Utk Solok Lada (saya tak buat ni)

* 10 biji lada hijau – potong jgn putus dan buang biji
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 4 ulas bawang merah
* 1.5 cm halia
* lada itam skit
* 2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
* sedikit garam,gula dan perasa

> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. *hana rebus ngan santan jer!

Utk Daging Panggang – bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka (saya tak buat ni..)

* daging lembu gred A @ daging btg pinang
* garam
* lada hitam

> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!

Ulam-ulaman & bhn lain

* kacang panjang
* taugeh
* timun
* daun kesum
* kubis
* bwg jeruk
* telur masin
* keropok ikan
* sambal belacan

10 Responses to “Nasi Kerabu”

  1. lang_oni lang_oni says:

    huihhhhhhhhhh…. lapaqnya rasa perut ni..

  2. Fikriah Fikriah says:

    masa mak mai sini hari tu pun adik buat gak nasi kerabu…Tak pa oni, pi saja kat pasar malam kan banyak ada jual…

  3. wana yusuf wana yusuf says:

    Salam perkenalan…. first time singgah sini!! mengintai nasi nasi kerabu !! Insyallah hujung minggu ni saya pun nak masak nasi kerabu… My husben suka sgt makan nasi ni…

  4. Fikriah Fikriah says:

    Salam kenal Wana…moga persahabatan kita berpanjangan…cubalah buat nasi kerabu ni, saya pun baru je cuba-cuba masak nasi kerabu ni.

  5. misliyah misliyah says:

    TQ for the recepy…tercari cari..baru jumpa. Cadangan letak halba (fenugreek) dalam sambal ikan. Disamping menghilangkan hanyir ikan, halba is very nutritious. Cubalah.

  6. azimah azimah says:

    salam ramadhan..sy pun nak try lah wat nasi kerabu..sbb sk mkn..hehe..minta izin ambik resipi ye..hehe

  7. yuznita yuznita says:

    yep.. akan cuba hari ni utk berbuka.. semalam dah cuba laksam kelantan yg sy refer kat internet.. thanks kepada semua.. resepi laksam menjadi.. seronok dapat masak juadah berbuka yg disukai suami..2 kali tambah laksam kelantan buatan sendiri.. first time menjadi.. so… hari ni nak cuba nasik kerabu lak…insyaallah..

  8. lang_oni lang_oni says:

    balik malaysia nti mak suruh bukak kedai makan…
    confirm laku… hehehe

  9. Mat Rom says:

    oh nasi kerabu..memang sedap,makanan tradisi zaman berzaman.

  10. faris faris says:

    sedap nye….

Leave a Reply