Salam… Cerite kali ni pasal Aliyah. Sudah 4 hari termasuk hari ni Yaya dah tak pakai drypers. Eh! eh! pandainye…umur baru masuk 2thn 10 bln, anak sapelah tu…!! Hari pertama terkucil juga atas kapet. Terpaksalah saya menyental. Hari kedua konon-kononnya dia nak tunjuk terer kat mamanya, terus masuk bilik air. Last-last tak sempat buka seluar terkucillah pulak atas alas kaki. Nasib baiklah bukan atas karpet. Saya dah belikan potty untuk dia. Tak nak pulak dia buang air kat situ. Nak pakai yang dewasa punya juga. Nak buat camne… Yaya kan suka copy Caca. So far sekarang ni alhamdulillah Yaya nak wee wee pun dah pandai dah. Dapat jimat duit papa ye… Hari ni merupakan hari penat buat saya. Pagi - pagi lagi dah kena hantar Caca ke school. Balik je dari hantar Caca, siap basuh baju, lipat baju dan kemas dapur. Yaya pula demam lak hari ni. Nasib baik nasi goreng semalam ada lagi. Panaskan makan je nasi goreng tu. Hari ni Isnin, biasanya hubby saya posa. So, lambat sikitlah masak. Pukul 1 baby Safya datang. Bila hubby balik dari school, kesian pulak saya tengok dia kepenatan, maka saya merelakan diri uk amik Caca dari school. Lepas je Safya balik terus saya masak, nasi ayam lagik. Kiranya non stop le saya buat keje hari ni.Bila dah semua selesai makan baru terasa penat. Itu yang selepas isyak ni je saya nak kroh!!!!!

Dulu… Kat sinilah tempat saya membesar dari umur 7 tahun. Sekolah rendah di Sekolah Keb. Kota Kuala Muda. Kemudian Sek Men Kota Kuala Muda sampai form 3. Form 4, Sek Men Tikam Batu. Tapi sekejap aje…sebab dapat tukar masuk kat sekolah yang jauh sket, Sek Men Khir Johari 1 Sungai Petani. Kat Sek Men Khir Johari 1 tu sampai ke form 5. Selepas dapat kerja di KL, saya pun terus hidup dalam perantauan. Sehinggalah saya berkawin dgn orang Johor dan menetap di Johor. Dekat kampung cuma tinggal mak dan abah sahaja. Bila dah rindu, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah….

Kini… Menetap kat Cardiff, UK. Sekarang pun dah masuk setahun sudah saya dan keluarga menetap di Cardiff. Rumah kami ni boleh dikatakan dekat juga bandar. So, rumah kami ni dalam kategori mahal jugalah sebabnya dekat dgn bandar, carboot, Lidl dan bank. Semuanya boleh jalan kaki sahaja kalau nak ke tempat2 tu.
Inilah rumah kami di Cardiff. Comel tak? Cuma ada 1 pintu dan 2 tingkap. Warna merah lagik….

Ini adalah kampung hubby saya, Kluang Johor. Kampungnya tak berapa nampak pasal terlindung dek awan-awan yang berkepul-kepul. Kat kampung ni cuma tinggal mak dan ayah mertua saya sahaja. Walaupun namanya kampung, tapi terletak dekat bandar. Boleh dikatakan strategik juga rumah ni, dekat dengan stesen bas, supermarket The Store, bank dan kedai macam2 lagi. Aik, macam promosi pulak kan.

Walaupun macam ala-ala dah basi kan, tapi demi memenuhi permintaan Kak Tie…. Tada!!!! ni la rupe desktop Kak Long sekarang ni. Ni gambar kat komputer baru, memandangkan komputer lama dah kong. Gambar ni memang Kak Long suka sebab kete ni memang kete idaman dari belum kawin lagi. Tapi tak sangka lah pulak sekarang ni dapat bawa kete ni, walaupun series lain sket.