Rempah.com

R e m p a h R a t u s K e h i d u p a n

Birthday Party

  • Filed under: General
Thursday
Oct 30,2008

Salam… Di Cardiff, inilah cara orang-orang kita nak berjumpa dan ziarah kawan-kawan. Sebab semuanya masing-masing sibuk, bila ada buat majlis barulah dapat jumpa. Majlis ni hari jadi anak Halikul dan Siti yang ke 5 tahun. Masa tu tinggal lagi seminggu nak puasa. Ini kes peram gambar juga la…

Kek Hari Jadi maknya buat sendiri..

Birthday girl, Izzatul

Izzatul tengah potong kek.. Yaya tu teringin je nak potong sama..tak pe thn depan ye Yaya turn pulak..

Tengah layan anak-anak…

Antara tetamu dan makanan yang ada.

Layan je anak-anak nak makan….

Alisya siap bawa handbag lagi :)

Aliyah dengan Adam, rakan sebaya…

Alifah tengok je orang makan…budak baik..

Koleksi Terbaru

  • Filed under: General
Monday
Oct 27,2008

Salam…Saya rasa semua orang ada koleksi masing-masing.Masa kecik-kecik dulu saya suka kumpul setem satu dunia, tapi dah tak de dah buku setem tu. Bukannya apa asyik dok bagi orang sikit-sikit lama dah tak de langsung. Sekarang ni tengah kemaruk kumpul fridge magnet. Semua ni baru dok berjinak-jinak je.

Semuanya dari London…maklumlah kami bari je gi jalan2 London… :)

Mee Kari Kerrycroy

  • Filed under: Recipe
Monday
Oct 27,2008

Mee Kari Kerrycroy -namanya diambil sempena nama jalan rumah saya :)

(resepi dari Masriyah FP)

500 gm mi kuning dicelur - saya guna spaghetti
300 gm taugeh - dibuang ekor dan dicelur
1 kg kerang(direbus dan ambil isinya)- saya letak mussel je
2 keping tauhu (digoreng & dihiris)
4 biji telur (direbus dan belah 2) -lupa letak
4 tangkai daun bawang (dihiris)
3 biji limau nipis (dibelah 4)
3 biji cili merah (dihiris nipis)
sayur sawi (celur) - kita tambah nie

Bahan Kuah:
3 camB minyak
Bahan Penumis:
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
daun kari
Bahan Blend:
1 labu bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia- kita tambah nie
4 camB serbuk kari - kita tambahkan lagi serbuk kari
1 camB serbuk cili - kedua2 serbuk dicampur sedikit air jadi pes
400gm ayam
1.5 L - 2 L santan
1 keping asam gelugur
2 keping kek ikan (dihiris nipis)
10 biji bebola taufupok (jika suka)
150 gm bebola ikan (dibelah 2)
kita tambah udang kecil yg tlh dikupas kulit
garam dan gula secukupnya

Cara:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis dan biarkan selama 1 minit.
2. Masukkan daun kari dan bahan blend.Kacau sampai wangi.
3. Masukkan pes rempah dangaul hingga naik minyak.
4. Masukkan daging dan kacau lagi hingga kering airnya atau kacau sehingga terbit minyak semula.
5. Masukkan santan, asam gelugur dan garam.
6. Kacau sekali sekala hingga mendidih barulah diperlahankan api dan renihkan hingga terbit minyaknya dan daging lembut.
7. Masukkan pula fishcake, fishball dan taupok.
8. Tambah garam dan gula ikut rasa.
9. Bila mendidih sekali lagi, bolehlah diangkat.
10. Sajikan mee dengan bahan sampingan dengan kuah kari.

Meta




Advertisement