© 2009 Fikriah bakso

Resepi Bakso

Resepi Bebola Daging (Sumber : Helwa Lancaster-http://helwa-lancs.blogspot.com/2009/04/resepi-bebola-daging.html)

Bahan-bahan:

Daging hancur (ayam/lembu/kambing/campuran) – 2kg
Bawang putih – 12 ulas (3ulas/ ½ kg daging)
Udang Tepung ubi kayu
Putih telur – 4 biji
Garam (secukup rasa)
Serbuk lada hitam (black pepper) – sekadar perlu
Minyak bijan (sesame oil) -sekadar menghilangkan bau

Cara-cara:

1) Kisar daging hancur bersama bawang putih dan udang sehingga lumat dan sebati.
2) Masukkan daging yang telah dikisar tadi ke dalam bekas/mangkuk besar
3) Masukkan tepung ubi kayu ke dalam bekas berisi daging dan uli sehingga sebati.
4) Masukkan putih telur,garam,serbuk lada hitam dan minyak bijan ke dalam bekas dan uli sekali lagi sehingga sebati.
5) Tambah tepung ubi kayu jika adunan daging masih lagi ‘melekat-lekat’ di tangan.
6) Panaskan air di dalam periuk
7) ‘Gentel’ atau nama rasminya bentuk-bentukkan daging menjadi bebola-bebola kecil dan masukkannya ke dalam periuk yang berisi air panas tadi.
8) Tunggu sehingga bebola daging ‘terapung’ sebelum di angkat (mcm ondeh-ondeh)
9) Rendam bebola daging di dalam air sejuk selama 5-10 minit bagi tujuan pengerasan.
10) Bebola daging sudah sedia untuk dimakan.

Resepi Sup:

serai & lengkuas-ketuk
bawang putih *
bawang merah@besar*
buah keras* (yang tanda *-bahan kisar)
air rebusan bebola
tulang lembu
kuib pati lembu/ayam
serbuk lada hitam
daun limau purut
buah pala – sedikit je,parut dulu ye
garam secukup rasa
mee kuning @ bihun
kobis-hiris halus
taugeh
cili kicap
bawang goreng

Cara-cara
1. Untuk sup, rebus bahan kisar, serai, lengkuas, daun limau purut, tulang lembu dan kiub daging.
2. Masukkan bebola daging.Letak garam secukup rasa. Biar sup mendidih dan siap.

Cara makan:
-Letak mee dalam pinggan.Taburkan kubis, dan taugeh.Tuang sup dan bebola.Taburkan bawang goreng.
-Sedap makan dengan kuah@sambal kicap cili api.

5 Responses to “Resepi Bakso”

  1. lieza lieza says:

    salam Fik.

    mana resepi nie.. lama dah tunggu.. :)

    sampai sekarang teringat-ingat jer.. kesedapan ‘bakso’ Fik masa raya hari tu.. hehe

  2. Fikriah Fikriah says:

    salam Lieza, sorry yea buat sume tertunggu-tunggu resepi. Tengah sibuk melayan drama korea tu yang malas nak update blog. Bolehlah cuba selepas ni yea..

  3. lieza lieza says:

    Thanks Fik..lepas nie boleh la..cuba.. ( tapi tak tahu la..bila )

    sebelum nie..ada juga cuba buat dari resepi-resepi kat internet..tapi tak rasa macam Bakso, airtangan Fik.. la…: )

    .. ..tengok cerita korea kat mana?

  4. kakasma kakasma says:

    Salam fikriah,
    lama tul tak jenguk fikriah..akak tak berapa sihat.tu yg tak update blog.tengok resipi bakso ni cam sedap laa pulak..buat nyer tak susah tapi kalau tak rajin mmg tak jadikan..
    wish Selamat Hariraya AidilAdha buat fikriah sekeluarga…moga ceria selalu

  5. courfeeblend courfeeblend says:

    Sedapnya..senang je rupanya nak mmbuat daging bakso tu eh..Leh try la nanti..http://courfeeblend.blogspot.com

Leave a Reply