© 2007 Fikriah

Salam…

Bermulalah era saya untuk mengabadikan kisah saya, suami dan anak2. tapi buat masa sekarang mungkin kisah ni bermula hari ini. Sebenarnya suami saya dah lama suruh buat cite2 pasal kehidupan seharian kami. Cuma baru sekarang terbuka hati nak buat. Jadi, untuk permulaannya saya dulukan dengan pengenalan kami… Saya, Nor Fikriah dan suami pula Mohd Nur Asmawisham. Anak pula 2 orang, dua-duanya puteri, yang sulung Nur Alisya (Caca) dan ke2 Nur Aliyah (Yaya). Lagi satu coming soon… hopefully dapat boy pula. Tapi Kalau Allah nak girl lagi kami terima dgn hati yg syukur. Dan mudah-mudahan kami dapat baby yg sihat. Tempat tinggal kami buat masa sekarang, di Cardiff, UK. Kat Cardiff pun dah hampir setahun. Kami semuanya ikut suami yang sambung belajar PHD in Civil Engineering. Caca dah masuk sekolah, reception. Reception tu masanya panjang sikit, dari pukul 9am sampai 3pm. Jadinya kenalah bekalkan dia lunch. setakat ni Caca macam enjoy je ke sekolah. Yaya pula next year baru start nursery. So,sekarang cuma dok kat rumah jer le…

Sekarang di UK ni dah mula nak masuk winter. Jadinya semuanya kena berbaju tebal sebab dah start sejuk. Anak2 pun, hidung masing2 dah mula meleleh je…selsema. Suami pula semester ni banyak kena gi kelas, terpaksalah rutin saya yang ambil anak di sekolah. Bila dah hujung2 tahun ni ramai kekawan dah abis belajar dan nak balik Msia. Hai… seronoknya depa dah dapat balik….Kami ni masih panjang lagi masa….lagi 2 tahun. oklah, rasanya sampai sinilah dulu pembuka kata….salam….

Leave a Reply