© 2007 Fikriah

Setahun sudah…

27hb Disember 2006, kami sekeluarga sibuk bersiap2 untuk berlepas ke UK dan menetap disana selama 3 tahun. Masa tu lepak kat rumah Kak tie (adik ipar saya) di Puchong.Masing2 perasaan berbaur je.. ada gembira, ada sedih. Gembira, pasal nak naik kapal terbang. Masa tu pun tak ada pun perasaan nak tinggal kat sana lama2. Cuma rasa macam nak gi melancong je…Tapi bila dah sampai kat UK ni barulah tersedar dari mimpi melancong, rupa hakikat sebenarnya stay kat sini selama 3 tahun. Mertua saya masa tu asyik sedih aje. Nak2 lagi masa kami dah kena berjalan ke balai berlepas… masa tu Tuhan aje yang tahu perasaan saya. Tapi kini dalam kesibukan menjalani kehidupan harian, rupanya setahun sudah berlalu… Mudah-mudahan Allah berikan saya kekuatan untuk menempuh kehidupan yang mencabar dibumi UK ni…

Leave a Reply