
Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan. cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175′C.
Bahan2 Kastard telur
280 gm susu segar
160 gm gula (manis sangat.. saya letak dlm 130gm aje)
3 biji telur + ½ biji putih telur lebihan buat doh tadi
1 sudu teh esen vanila
Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.
Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175′C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.


