Mesti ada yang terkejut, kenapalah tetiba si Fikriah ni cerita pasal MJ. Bukan peminat MJ sangat pun. Tapi saya merasakan ini satu peristiwa sejarah dalam hidup saya. Waktu kematian P. Ramlee pun rasanya orang2 yang sebaya dengan saya tak dapat nak mengikuti peristiwa kematian beliau. Cuma satu yang menarik perhatian saya waktu ucapan anak perempuan MJ, Paris (ketika majlis penghormatan pemergian MJ), “I just want to say… ever since I was born…. daddy has been the best father you can imagine. And I just want to say I love him so much.”
© 2009 Fikriah



yea angah nangis dengo apa yg paris cakap tuh… sedih sgt!!!
emm… no komen. sedey gak nnt. dah la jauh di perantauan. bila la dapat balik msia agaknya.
igt lg time kecik2 adik & ina suka takutkan adik kecik time lagu Jacko yg Thriller tu…. Time tu memang takut betul Jacko de bawah katil.. Chehhh
bila rancangan tuh ek? napa adik tak tengok pun…erm
INFO: Catatan hayat Michael Jackson
29 Ogos 1958: Dilahirkan di Gary, Indiana
1964: Mula mengadakan persembahan bersama The Jackson 5
Awal 1980-an: Perubahan pada penampilannya mula dikesan
30 November 1982: Album Thriller dipasarkan
25 Mac 1983: Persembahan pertama memperkenalkan teknik moonwalk
14 Mei 1984: Menerima pujian daripada Presiden Reagan atas kerja amal yang dilakukannya
1988: Berpindah ke Neverland
April 1988: Autobiografi Moonwalk diterbitkan
5 April 1990: Menerima penghargaan daripada Presiden Bush atas kerja amalnya
30 September 1992: Melancarkan Yayasan Heal The World
Mei 1992; Berkenalan dengan Jordan Chandler yang berusia 13 tahun
10 Februari 1993: Temu bual bersama Oprah Winfrey mengenai penderaan yang dialaminya ketika kanak-kanak
18 Ogos 1993: Polis Los Angeles memulakan penyiasatan apabila Chandler membuat laporan dia dicabul
13 November 1993: Membatalkan konsert jelajah, Dangerous dan menerima rawatan di pusat pemulihan di London
1993: La Toya secara terbuka menuduh Michael seorang pedofilia, bagaimanapun menarik kembali kenyataannya itu
1 Januari 1994: Menyelesaikan kes dengan Chandler dengan bayaran antara AS$10 – 22 juta.
26 Mei 1994: Mengahwini Lisa Marie Presley
Januari 1996: Lisa memfailkan perceraian
7 September 1996: Konsert jelajah HIStory bermula
14 November 1996: Mengahwini Debbie Rowe
13 Februari 1997: Michael Joseph Jackson, Jr dilahirkan
3 April 1998: Paris-Michael Katherine dilahirkan
8 Oktober 1999: Bercerai dengan Debbie
Februari 2002: Prince Michael Jackson II dilahirkan
3 Februari 2003: Siaran Living with Michael Jackson disiarkan yang mana dia berpegangan tangan dengan Gavin Arvizo, 13.
18 November 2003: 70 pegawai polis menyerbu Neverland
18 Disember 2003: Michael didakwa melakukan pencabulan terhadap Arvizo.
13 Jun 2005: Didapati tidak bersalah atas dakwaan yang dihadapinya
10 Mac 2009: Mengumumkan This Is It Tour yang akan bermula Julai
25 Jun 2009: Meninggal dunia kerana sakit jantung.
Sumber: Berita Harian