Salam… Sebenarnya saya tak de cerita yang nak dikongsi. Cuma kali ini rasa nak meluahkan perasaan je. Sekarang ni saya dah 6 bulan pegnen. Tapi masih tak buat apa-apa persediaan pun nak sambut baby baru ni. Kalau difikirkan macam kesian kat baby ni, mentang2lah dia ni dah masuk nombor 3….. Buat tak kisah je. Sebenarnya bukan buat kisah…. Tapi keadaan disini betul2 buat saya rasa tak bersemangat nak sambut baby baru ni. Adakan disebabkan cuaca kat sejuk sangat? Saya pun tak pasti. Mungkin kami ni baru je diuji dengan dengan sedikit “ujian”, yang membuatkan saya lesu nak mengharungi hari-hari saya….Dah lah barang2 kat sini semuanya mahal2. Bila tengokkan muka anak saya yang lagi 2 tu kesiannya…. Cuma lalui masa harian dengan gi school, balik school. Yaya lagi kesian…, dalam seminggu tu boleh katakan 1@2 hari je dapat keluar rumah. Itupun cuma gi Carboot je. Hubby pun kesian….Nak gi school tak dapat, sebabnya saya ni dah rasa macam tak larat nak buat banyak kerja sekarang ni. Baru masak dan membasuh, itupun dah semput satu badan. Nasib baiklah hubby saya ni tak cerewet pasal makan. Dia makan aje apa yang saya masak. Cuma Caca je yg lebih sikit songel dia…. Hari -hari nak makan nasi.
Alangkah seronoknya kalau sekarang ni berada kat Msia. Mesti saya dah siap stanby semua barang2 baby. Segala barang, dari barut, napkin, set bersalin, mesti dah ada. Huhu… sedihnya…Dah lah pagi tadi dapat surat mak dari kampung. Lagilah syahdu rasanya. Terus terbayang-bayang muka mak ngan abah. Siap boleh terdengar-dengar je suara mak. 2 hari lepas saya dapat kad, suruh buat appointment jumpa midwife. Nampaknya Isnin ni lah baru saya call. Baby pula aktif sangat… Asyik menendang je…Kadang2 sampai sakit perut dibuatnya….
Semoga esok akan berikan saya semangat baru untuk menempuh kehidupan di Cardiff ni.. Chai Yong!!!!!!!!!!!!!


